Pemandu dipukul hingga mati di Semenyih, positif dua jenis dadah: Polis

Lelaki itu juga didapati mempunyai 10 rekod lampau membabitkan dadah serta satu rekod dikehendaki, juga bersabit kesalahan dadah

1:11 PM MYT

 

PETALING JAYA – Siasatan awal polis mendapati lelaki berumur 42 tahun yang maut dipercayai akibat dipukul selepas kejadian langgar lari di Semenyih, Selasa lalu, positif dadah jenis ganja dan methamphetamin, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Beliau berkata, lelaki itu juga didapati mempunyai 10 rekod lampau membabitkan dadah serta satu rekod dikehendaki, juga bersabit kesalahan dadah.

“Hasil bedah siasat mendapati tiada kesan kecederaan yang ketara pada badan lelaki itu yang boleh membawa kepada kematian, namun kita masih lagi menunggu ujian makmal pathologi untuk mengesan punca sebenar kematian,” katanya ketika diminta mengulas perkembangan siasatan berhubung kejadian itu.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Petaling Jaya antara Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid kepada Asisten Komisioner  Shahrulnizam Jaafar di sini hari ini.

Selain itu Hussein berkata, polis juga telah menahan dua lagi suspek lelaki berusia 23 dan 40 tahun di sekitar Kajang semalam bagi membantu siasatan, dan mereka dijangka direman bagi membantu siasatan.

Keseluruhannya polis telah menahan tujuh individu bagi membantu siasatan dalam kes ini. Dua pemandu yang terlibat dalam kemalangan melibatkan lelaki itu juga telah membuat laporan polis,” katanya.

Dalam kejadian pada 9.20 malam itu, sebuah kereta Proton Saga terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan berkenaan sebelum pemandunya ditarik keluar oleh sekumpulan lelaki lalu dipukul, diikat dan dibiarkan terbaring di atas jalan berhampiran keretanya.

Pihak ambulans yang tiba kemudiannya mengesahkan pemandu itu meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara itu, mengulas tentang kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6 Disember lalu, Hussein berkata, tiada maklumat baharu diperoleh pihaknya walaupun wang RM20,000 ditawarkan oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) kepada sesiapa yang mempunyai maklumat bagi membantu siasatan.

“Sehingga hari ini tiada individu tampil untuk memberikan maklumat baharu mengenai kes berkenaan, bagaimana kami tidak berputus asa dan akan terus menjalankan siasatan,” katanya. – 23 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Related