JSJK rekod lebih 14,000 kes tipu pelaburan, babit kerugian RM1.34 bilion

Satu kesepakatan telah dicapai bahawa satu mekanisme perlu diwujudkan bagi membolehkan masyarakat membuat semakan kesahihan sesuatu tawaran pelaburan

12:26 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) merekodkan sebanyak 14,488 kes penipuan pelaburan bagi tempoh lima tahun dari 2019 hingga 2023, dengan nilai kerugian keseluruhan RM1.34 bilion.

Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata berikutan rekod kes berkenaan, JSJK menjalinkan kerjasama dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC) bagi menangani kes jenayah itu yang dilaporkan semakin meningkat.

Beliau berkata satu perbincangan telah diadakan antara JSJK dan SC hari ini di pejabat JSJK Bukit Aman bersama Pengarah Penguatkuasaan SC, Budiman Lutfi Mohamed serta delegasinya.

Menurutnya, satu kesepakatan telah dicapai bahawa satu mekanisme perlu diwujudkan bagi membolehkan masyarakat membuat semakan kesahihan sesuatu tawaran pelaburan. 

“Untuk itu, pihak SC telah pun membangunkan platform penyemak pelaburan yang boleh diakses melalui https://www.sc.com.my/investment-checker yang dapat membantu masyarakat untuk membuat semakan kesahihan sesebuah syarikat pelaburan.

Kedua-dua agensi juga bersetuju untuk terus memberikan komitmen dalam membanteras jenayah penipuan pelaburan melalui kerjasama daripada sudut perkongsian maklumat, kepakaran, siasatan dan operasi,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Ramli berkata JSJK yakin kerjasama ini akan memacu perubahan yang lebih berkesan dalam pembanterasan kes penipuan pelaburan di negara ini. – 23 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related