Lebih RM5 juta barangan bersubsidi diseleweng berjaya dirampas: Armizan

Jumlah itu membabitkan rampasan diesel iaitu RM4.76 juta, petrol RON95 (RM90,611), gas petroleum cecair (LPG) RM154,189, minyak masak (RM107,759) dan gula (RM35,737)

7:00 PM MYT

 

KOTA KINABALU – Lebih RM5 juta barangan bersubsidi yang diselewengkan dan cuba diseludup keluar dari negara ini berjaya dirampas dalam Ops Tiris 3.0 yang dijalankan sejak 1 Jan hingga 15 Feb lepas, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata jumlah itu membabitkan rampasan diesel iaitu RM4.76 juta, petrol RON95 (RM90,611), gas petroleum cecair (LPG) RM154,189, minyak masak (RM107,759) dan gula (RM35,737), manakala di Sabah, sebanyak 221 pemeriksaan dijalankan yang merekodkan 29 kes dengan jumlah rampasan barang kawalan bernilai RM192,845. 

“KPDN bersama semua agensi berkaitan telah memulakan Ops Tiris yang bertujuan membanteras penyelewengan minyak diesel bersubsidi yang menyebabkan kerugian kepada negara dan bekalan bahan api itu tidak sampai kepada mereka yang layak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan bengkel penyelarasan tanggungjawab membenteras ketirisan barang kawalan bersama agensi-agensi penguat kuasa di sini hari ini.

Armizan berkata dalam Ops Tiris 1.0 dan 2.0 yang dilaksanakan dari 1 Mac hingga 31 Dis tahun lepas di seluruh negara, pihak berkuasa berjaya merampas kira-kira 6.4 juta liter diesel bernilai RM14.2 juta dan rampasan selain diesel berjumlah RM42.1 juta.

Mengenai bengkel sehari itu, beliau berkata ia diadakan untuk membincangkan dan menambah baik kerjasama dalam Ops Tiris yang telah dilaksanakan melibatkan 16 agensi penguat kuasa yang berkaitan bagi memperluaskan skop penguatkuasaan kepada barang-barang kawalan lain selain diesel.

Antara lain objektif bengkel itu ialah memperkukuh kerjasama dengan agensi penguatkuasaan di kawasan sempadan negara, menambah baik prosedur operasi standard (SOP) kes penyerahan daripada agensi-agensi penguatkuasaan lain.

Selain itu, pelaksanaan pemantauan dan pemeriksaan di premis-premis perniagaan melibatkan pemborong dan peruncit kawasan sempadan, pengauditan kepada pemborong diesel, pemegang permit barang kawalan, pengisian bahan api dan syarikat pengeksport.

“Melaksanakan inisiatif baharu biz-berkat yang bertujuan meningkatkan kesedaran peniaga berkaitan kod etika dan peraturan perundangan perniagaan,” katanya. – 22 Februari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related