Cadangan pindaan Perlembagaan isu kewarganegaraan dibincang dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja hari ini

Mesyuarat itu turut membincangkan mengenai pelantikan Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dan Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

4:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265 hari ini membincangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 berhubung hal-hal kewarganegaraan dan RUU Polis (Pindaan) 2023.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad menerusi satu kenyataan memaklumkan, mesyuarat itu turut membincangkan mengenai pelantikan Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dan Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

“Beberapa perkara lain melibatkan pentadbiran agama Islam dan hal-hal di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) termasuk pelantikan Pengerusinya turut dibincangkan,” katanya.

Menurut beliau, majlis turut disembahkan taklimat terkini mengenai keselamatan negara oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan pertahanan negara oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman.

Katanya, mesyuarat tersebut dipengerusikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pada mesyuarat berkenaan, Sultan Selangor selaku pengerusi turut menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud.

“Baginda juga turut menzahirkan ucapan tahniah mengalu-alukan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Seterusnya, disahuti ucapan balas oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak,” katanya.

Syed Danial berkata, memandangkan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265 adalah yang pertama kali dihadiri oleh Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Selangor menzahirkan titah tahniah kepada Seri Paduka Baginda mewakili pihak Majlis, dan seterusnya disahuti dengan titah balas oleh Yang di-Pertuan Agong.

Turut berangkat ke mesyuarat itu ialah Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim; Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail; Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra, turut berangkat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menghadiri mesyuarat itu hari ini. – 22 Februari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

The silent punch heard around the country – Terence Fernandez

The assault of deaf e-hailing driver raises the question if we are a nation divided by class

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related