KUALA LUMPUR – Lebih 10 juta orang di negara ini telah mengguna perkhidmatan rangkaian 5G setakat 31 Januari lalu, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Menurut beliau, ia merangkumi 29.9% bersamaan 10.07 juta pelanggan.
“Ini adalah peningkatan 17.4% berbanding November tahun lalu berdasarkan perangkaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
“Pada November lalu, kadarnya sekitar 12.5% dan meningkat 29.9%, bulan lalu,” katanya ketika berucap pada pameran percubaan Maxis 5G-Advanced di Esplanade KLCC di sini hari ini.
Yang hadir sama, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Goh Seow Eng.
Teknologi 5G-Advanced atau 5.5G, menjanjikan kelajuan internet mudah alih 10 kali ganda lebih pantas daripada 5G konvensional.
Fahmi berkata, Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang memperkenalkan percubaan teknologi 5G-Advanced.
Menurut beliau, untuk itu kerajaan akan terus meneroka cara untuk memudahkan sektor industri beralih kepada kedua-dua teknologi 5G dan 5G-Advanced pada masa yang ditetapkan.
“Saya melihat penggunaan teknologi ini (5G-Advanced) memerlukan model perniagaan baharu serta bantuan daripada kerajaan untuk diterima pakai.
“Kita masih belum membincangkan cara untuk memberikan bantuan, tetapi kita bersedia melibatkan diri dengan industri, mendengar keperluan mereka dan merangka pelan dari situ,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan terbuka untuk berbincang dengan sektor perniagaan, khususnya perusahan kecil dan sederhana (PKS), mengenai keperluan dan isu mereka beralih kepada teknologi berkenaan.
Pihaknya juga berharap dapat mengecilkan jurang antara pemain utama industri dan PKS, dan hasil perbincangan itu dapat dibentangkan kepada Kementerian Kewangan untu pertimbangan dalam Bajet 2025.
“Saya fikir ia sangat penting, terutamanya dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu, di mana pendigitalan adalah salah satu perkara utama,” katanya. – 22 Februari, 2024
Beliau menambah, pencapaian Malaysia menerajui pelaksanaan rangkaian 5G akan dikongsi pada Mobile World Congress Barcelona (MWC 2024), Sepanyol, pada 26 hingga 29 Februari ini.
MWC 2024 adalah perhimpunan tahunan terbesar industri telekomunikasi anjuran badan antarabangsa, Groupe Speciale Mobile Association (GSMA), dengan Barcelona dipilih sebagai tuan rumah penganjuran kongres yang bakal mengumpulkan lebih 100,000 pemain industri telekomunikasi.