Penganggur dipenjara 4 tahun, 1 sebatan lakukan amang seksual terhadap anak jiran

Lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun empat bulan (ketika kejadian)

2:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur dipenjara empat tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap anak jirannya di sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Sungai Besi, dua tahun lepas.

Hakim Mohd Kafli Che Ali menjatuhkan hukuman itu selepas Mohammad Zulkhairi Rosli, 22, menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan tersebut dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 3 Ogos 2023.

Lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun empat bulan (ketika kejadian) bagi tujuan seksual di kawasan tangga tingkat 11, di sebuah PPR di Sungai Besi pada 3.30 petang, 25 Jun 2022. 

Kesalahan itu mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. 

Berdasarkan fakta kes, ibu mangsa berusia 28 tahun mendapati anak perempuannya masuk ke dalam rumah dalam keadaan tergesa-gesa dan ketakutan. 

Apabila ditanya, mangsa memberitahu tertuduh memanggilnya ke arah tangga dan apabila mangsa mendekati lelaki itu, tiba-tiba tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa.

Mangsa yang terkejut dan berasa sangat takut menolak tertuduh sebelum melarikan diri.

Tertuduh kemudian ditahan di hadapan sebuah surau di PPR berkenaan pada 3 Ogos tahun lepas selepas ibu mangsa membuat laporan polis pada 25 Jun 2022.

Semasa berhujah mengenai hukuman, Timbalan Pendakwa Raya Noorhani Muhmmed Ayub memohon hukuman penjara dan sebat dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh dengan mengambil kira usia mangsa manakala Mohamad Zulkhairi, yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah untuk diberikan hukuman ringan. – 22 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related