Kemuka tuntutan palsu RM270,000: Pengurus institut latihan, pemilik syarikat direman 4 hari

Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mengemukakan tuntutan palsu kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi melaksanakan latihan penyeliaan perkhidmatan sekuriti sedangkan peserta latihan tidak hadir sepenuhnya

4:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua lelaki masing-masing pengurus institut pusat Latihan serta pemilik syarikat latihan keselamatan dan pertahanan, direman empat hari kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu bernilai kira-kira RM270,000.

Perintah reman bermula hari ini hingga Sabtu itu, dikeluarkan Majistret Aina Azahra Tun Ariffin selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), membuat permohonan terbabit di Mahkamah Majistret Jenayah di sini, pagi tadi.

Sumber memberitahu, kedua-dua suspek lelaki terbabit ditahan antara jam 10 malam hingga 10.30 malam semalam, melalui satu operasi dijalankan di sekitar Kuala Lumpur.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek melakukan kesalahan tersebut dari April hingga September 2023 kerana mengemukakan tuntutan palsu kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran.

“(Ia) bagi melaksanakan latihan penyeliaan perkhidmatan sekuriti sedangkan peserta latihan tidak hadir sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbabit.

Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – 21 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related