Pemergian Taib Mahmud: PM ucap takziah kepada keluarga, rakyat Sarawak

Anwar menyifatkan pemergian Taib adalah kehilangan seorang figura yang banyak berjasa dan berbakti kepada negeri serta negara

10:34 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan dukacita kepada keluarga bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di atas pemergian negarawan itu.

Perdana Menteri berkata, ucapan itu turut mewakili seluruh pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

“Berdukacita atas pemergian mantan Yang di-Pertua Negeri dan Ketua Menteri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud awal pagi tadi.

“Saya mewakili pentadbiran Kerajaan Madani mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan rakyat Sarawak,” katanya menerusi Facebook

Beliau berkata, pemergian Taib adalah kehilangan seorang figura yang banyak berjasa dan berbakti kepada negeri serta negara.

“Sesungguhnya kita, terutama rakyat Sarawak kehilangan seorang sosok negarawan yang dihormati.

“Jasa dan bakti Allahyarham kepada negara dan Sarawak akan sentiasa dikenang buat selamanya,” katanya.

Terdahulu, Taib, 87, dimaklumkan meninggal dunia awal pagi ini.

Perkara itu dikongsikan menerusi Facebook anak Allahyarham, Datuk Hanifah Hajar Taib.

“Kembalinya ayahanda Hanifah Hajar Taib yang dikasihi, Tun Abdul Taib kepada penciptanya kira-kira 4.40 pagi tadi.

“Pengurusan jenazah akan dilakukan di Masjid Negara, Kuala Lumpur sebelum dibawa balik ke Kuching, Sarawak,” katanya menerusi hantaran di laman media sosial milik Hanifah Hajar pagi ini. – 21 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related