Parkir Pusat Industri Petaling Utama: MBPJ patut turun padang nilai premis mana perlu bayar sewa

Ada pengusaha bengkel atau kedai aksesori kereta yang dikenakan penyewaan ruang parkir oleh MBPJ, manakala segelintir tidak perlu membayarnya

5:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) diminta turun padang ke kawasan Pusat Industri Petaling Utama untuk menilai dan menentukan bengkel serta kedai aksesori kenderaan yang sesuai dikenakan bayaran sewa ruang parkir.

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung berkata, ia susulan masih ada pihak merasakan kewajipan supaya semua pengusaha bengkel dan kedai aksesori membayar sewa ruang parkir seperti dilaksanakan MBPJ, tidak menyeluruh dan tidak adil.

Katanya, ia memandangkan ada antara mereka dikenakan penyewaan ruang parkir, manakala segelintir tidak perlu membayarnya.

“Mengenai Pusat Industri Petaling Utama, kedai bengkel kereta dan aksesori kereta perlu sewa tapak mula tahun ini, (pengusaha) wajib sewa tapak letak kereta depan (premis) mereka sebab kalau tak sewa pun orang lain tak dapat guna sebab kereta keluar masuk, jadi pihak MBPJ memang mewajibkan.

“Namun, sebelum ini mereka (pengusaha) diperlukan untuk bayar sewa sepanjang tahun, iaitu pada kadar setahun baru mereka dapat memperbaharui lesen perniagaan mereka, jadi setahun itu memang agak mahal, beribu-ribu agak tinggi,” katanya menerusi video di Facebook.

Susulan situasi itu, Chean Chung berkata, beliau membuat permohonan untuk kadar sewa itu ditukarkan kepada kaedah ‘pembayaran suku tahun’.

Menurutnya, ia bermaksud pengusaha dibenarkan memperbaharui lesen perniagaan untuk tempoh setahun, tetapi bayaran dikenakan adalah jumah kadar bagi tiga bulan, demi mengelakkan mereka terbeban.

Beliau berkata, permohonan itu dipersetujui pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.

“Namun, membaca di surat khabar masih ada pihak rasa pelaksanaan itu tidak menyeluruh dan tidak adil sebab ada dikenakan penyewaan tempat letak kereta, ada yang tidak dikenakan.

“Maka saya cadangkan kepada MBPJ supaya turun padang dan menilai kedai demi kedai yang mana perlu sewa mereka perlu sewalah, yang dikecualikan tu tidak boleh dikecualikanlah (jika memang perlu bayar),” katanya. – 20 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related