KPDN sedia siasat aktiviti kartel dalam industri beras: Armizan

Jika ada isu yang disebut mengenai kartel beras ini, KPDN khususnya MyCC, jika terbuka sekiranya KPKM atau pihak tertentu ada maklumat, boleh salurkannya kepada MyCC

4:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedia menyiasat jika terbukti wujud aktiviti kartel dalam industri padi dan beras negara.

Jaminan itu diberikan Menterinya, Datuk Mohd Armizan Ali yang memaklumkan, pihaknya menerusi Suruhanjaya Persaingan (MyCC) sentiasa terbuka mengambil tindakan sewajarnya berkait perkara itu jika mana-mana pihak mempunyai maklumat.

“Sejak berkuat kuasa Akta Kawalan Padi dan Beras 1994, bidang kuasa kawal selia berkaitan industri padi dan beras terletak di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

“Namun, jika ada isu yang disebut mengenai kartel beras ini, KPDN khususnya MyCC, jika terbuka sekiranya KPKM atau pihak tertentu ada maklumat, boleh salurkannya kepada MyCC,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang menafikan dakwaan cadangan pelaksanaan Beras Putih Malaysia Madani, akan memberi manfaat kepada kartel.

Sebaliknya Perdana Menteri berkata, ia akan menyekat campur tangan kartel beras di pasaran.

“Tidak (beri manfaat). Kita menyekat campur tangan kartel,” kata Anwar.

Sehingga kini, kata beliau, kerajaan masih belum memutuskan pelaksanaannya cadangan berkenaan.

Bagaimanapun, Anwar berkata, cadangan itu akan diteliti dan dibincang dalam mesyuarat Jawatankuasa Menangani Harga Makanan dan Kos Sara Hidup, Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol) Jumaat ini.

Mengulas lanjut, Mohd Armizan berkata, isu berkaitan inisiatif dan penambahbaikan serta pemodenan industri beras masih di bawah bidang kuasa KPKM.

“Adalah lebih baik jika Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu yang menjawab isu terbabit,” katanya.

Sebelum ini, Mohamad dalam kenyataannya menjelaskan kerajaan belum memutuskan pengenalan satu gred beras putih dikenali Beras Putih Malaysia Madani seperti diumum Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.

Pengumuman Syed Abu Hussin berhubung penjualan Beras Putih Malaysia Madani berharga RM30 bagi kampit 10 kilogram (kg) mulai 1 Mac ini, bagi menggantikan beras putih tempatan (SST) dan beras putih import (SSI), menimbulkan persoalan ramai termasuk dalam kalangan pemain industri. – 20 Februari, 2024.

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Punk venue Rumah Api faces relocation amid financial struggles, festival fallout

After eight years of operating on the top floor of Menara MPAJ in Ampang Jaya, local punk music venue Rumah Api will be relocating later this year due to increased rental and related arrears that accumulated during the Covid-19 pandemic.

Related