Delegasi sembilan anggota GSPP hadiri pendengaran pendapat nasihat di ICJ

Dalam pendengaran itu dihujahkan antara lain Rejim Zionis telah dengan terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa

3:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Delegasi sembilan wakil dari Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) hari ini menghadiri pendengaran awam bagi mendapatkan Pendapat Nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung isu Palestin di The Hague, Belanda.

Delegasi yang dianggotai oleh peguam-peguam daripada Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan I-Qanun berkenaan diketuai oleh Presiden Badan Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

Selain Zainul Rijal, PPMM juga diwakili oleh Muhamad Hisham Marzuki, Muhammad Hariz Md Yusoff, Danial Farhan Zainul Rijal dan Muhammad Aiman Muhammad Luthfi Amir manakala I-Qanun diwakili oleh Mohd Redza Khazale, Ramadan al Din Azlan Khalili, Siti Nazatul Murnirah Mahadzir dan Farzanah Selamat.

Zainul Rijal dalam kenyataan hari ini berkata pendengaran selama tiga jam itu menampilkan tujuh orang pembentang di hadapan lima belas orang hakim.

“Dalam pendengaran itu dihujahkan antara lain Rejim Zionis telah dengan terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa. Dalam undang-undang antarabangsa, sesuatu pendudukan adalah bersifat sementara, tetapi Rejim Zionis mahukan pendudukan itu bersifat kekal. Pendudukan bersifat kekal ada annexation atau penjajahan yang perlu dihentikan dengan segera,” katanya.

Menurutnya turut dihujahkan ialah bahawa Rejim Zionis itu inginkan geografi Palestin, tetapi menolak demografinya. – 20 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Tampar lelaki bukan Islam makan ketika Ramadan adalah provokasi, tidak cermin perpaduan: Aaron

Menteri Perpaduan Negara berkata kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan

Gobind’s neutrality, party support rocketed him to DAP chairmanship: analysts

Observers said his non-allegiance to either pro- or anti-Lim Guan Eng factions may have helped him secure the chairmanship

Duterte arrested: Former Philippine leader taken into custody over ICC warrant

Ex-president detained at Manila airport as global tribunal pursues justice for thousands killed in drug war

Related