Wanita, dua anak ditemukan mati tergantung, polis tahan suami

Turut ditemukan di tempat kejadian adalah nota yang menyatakan hasrat mahu membunuh diri kerana masalah rumah tangga

2:15 PM MYT

 

SEREMBAN – Polis menahan seorang juruteknik berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan, susulan penemuan mayat isterinya dan dua anak perempuan tergantung di kipas dalam sebuah rumah, di Lenggeng, Nilai, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata Balai Polis Lenggeng menerima panggilan daripada seorang lelaki berhubung seorang wanita dan dua orang kanak-kanak yang ditemukan mati di sebuah taman perumahan di kawasan itu pada 9.25 malam tadi.

Beliau berkata polis yang membuat siasatan susulan kemudiannya mendapati wanita berumur 34 tahun itu dan dua anaknya berumur enam dan tiga tahun, mati tergantung di kipas di dalam rumah berkenaan.

“Turut ditemukan di tempat kejadian adalah nota yang menyatakan hasrat mahu membunuh diri kerana masalah rumah tangga. Ketiga-tiga mayat dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abdul Malik berkata sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Nilai kemudiannya telah menahan suami wanita berkenaan pada pukul 1 pagi tadi, dan dan lelaki itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – 20 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Let us not forget our unsung heroes – Ravindran Raman Kutty

We must recognise the many ordinary Malaysians doing extraordinary things

Tiong King Sing gets feet wet to aid victims as over 1,000 evacuated in Sarawak floods

Women, Family & Community Development Minister Datuk Seri Nancy Shukri says assistance was immediately mobilised on first day of Chinese New Year

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Related