Persembahan artis luar di Malaysia: Tiada dana kerajaan untuk hak eksklusif penganjur konsert

Namun, kata Fahmi Fadzil, sekiranya Motac berhasrat menawarkannya, ia terpulang kepada pihak berkenaan dan tertakluk keputusan Jemaah Menteri

12:16 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak memperuntukkan sebarang dana kepada penganjur konsert untuk mendapatkan hak eksklusif bagi membawa artis luar negara membuat persembahan di Malaysia.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, namun sekiranya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) berhasrat melaksanakan inisiatif terbabit, ia terpulang kepada pihak berkenaan dan tertakluk keputusan Jemaah Menteri.

“Jadi saya lihat pada waktu ini Kementerian Komunikasi tidak menyediakan dana tersebut.

“Tapi sekiranya Motac berhasrat melakukan, itu tertakluk kepada mereka dan Jemaah Menteri, namun saya ambil maklum (perkara ini) dan akan bincang dengan menteri Motac,” katanya pada sidang media Kod Etika Wartawan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai adakah kerajaan mempunyai hasrat mengikuti langkah kerajaan Singapura yang membayar sekitar RM9.56 juta hingga RM14.34 juta, bagi membeli hak eksklusif konsert Taylor Swift dalam usaha dilihat dapat membantu sektor pelancongan.

Tambah Fahmi, kebanyakan penganjuran konsert adalah acara yang dirunding antara syarikat swasta yang menandatangani kontrak perjanjian hak eksklusif untuk membawa masuk artis luar.

“Pada tahun lalu konsert kumpulan Muse, penganjur dah black out the rest of Asia (untuk penganjuran konsert) dan hanya membuat persembahan di Kuala Lumpur.

“Itu tanpa dana kerajaan dan diusahakan penganjur itu sendiri sebagai satu tarikan dan promosi,” katanya.

Beliau berkata, kementeriannya lebih melihat kepada memudahkan proses untuk permohonan konsert contoh di bawah Agensi Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

“.. yang pada waktu ini kita terima aduan mengambil masa lama untuk pengesahan dan kebenaran. Jadi saya lihat dalam bidang kuasa kementerian saya akan lihat apa yang boleh untuk mengurangkan tempoh masa itu.

“Sekirannya proses dapat dipermudah, itu juga akan menjadi satu daya tarikan kepada penganjur kerana kebiasaannya, ia bukan (urusan) artis dengan kerajaan tapi dengan penganjur,” katanya. – 20 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related