Kod Etika Wartawan Malaysia tidak sekat kebebasan media bersuara: Fahmi

Kod etika ini wujud sejak tahun 1989 kini ditambah baik untuk disesuaikan dengan keperluan semasa lanskap kewartawanan dan perkembangan teknologi

11:48 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Kod Etika Wartawan Malaysia yang dilancarkan hari ini tidak akan menyekat atau mengongkong kebebasan media untuk bersuara.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, sebaliknya ia disesuaikan dengan keperluan semasa lanskap kewartawanan dan perkembangan teknologi.

“Kod etika ini wujud sejak tahun 1989, kita hanya menambah baik memandangkan ada beberapa perkara, antara lain sebab perkembangan teknologi.

“Dengan ada kod etika ini prinsip kebebasan bersuara itu memang kita akan pertahankan dan ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Tapi dalam masa sama perlu ada satu peningkatan kesedaran dan kemahiran dalam kalangan wartawan untuk mendepani zaman, termasuk perkembangan media sosial dan kecerdasan buatan (AI),” katanya pada sidang media selepas pelancaran kod itu di sini, hari ini.

Kod Etika Wartawan Malaysia baharu itu terdiri daripada lapan etika utama iaitu:

– Wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk

– Wartawan hendaklah telus dan berintegriti

– Wartawan digalakkan berlaku adil dalam menyampaikan informasi

– Pemberitaan tidak dipengaruhi kepentingan peribadi

– Kesahihan dan ketetapan maklumat

– Wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber

– Wartawan perlu memahami undang-undang, akta dan polisi berkaitan dengan ruang lingkup tugas mereka

– Wartawan perlu memberi keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan

Selain itu Fahmi berkata, organisasi media kini cenderung melapor berita menerusi pelbagai platform yang lebih pantas.

“Saya secara peribadi dan kementerian cakna serta rasa perubahan teknologi yang berlaku, mendatangkan kesan kepada industri atau syarikat media.

“Ramai mengadu kepada saya sebagai contoh jumlah dibelanjakan untuk iklan setiap tahun berkurangan dan lebih banyak dibelanjakan ke arah media sosial.

“Maka di sini perlu ada bukan hanya perbincangan tapi wartawan dilengkapkan peralatan yang ingin dinikmati pembaca, di situ kita lihat konteks pembaca hari ini berapa ramai menonton konten berbanding pembaca,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan, penyebaran fitnah lebih laju pada masa kini, perlu ditangani melalui pemberitaan tepat yang dijadikan rujukan dalam kalangan masyarakat.

Katanya, masyarakat juga perlu bijak menilai dan menapis maklumat diterima sebelum mempercayainya.

“Ini kerana kita dapati dalam era media sosial yang ada pada hari ini dalam (keadaan) internet yang laju, kadangkala fitnah diterbitkan dengan lebih laju maka usaha kita menyampaikan berita betul, sahih yang mana faktanya sudah disemak.

“Tapi bagi saya sebarang berita palsu ini perlu dikekang bukan hanya dengan berita yang tepat, tapi juga perlu ada satu usaha untuk meningkatkan tahap kesedaran bagaimana sekiranya datang kepada kita maklumat atau informasi, perkara itu benar-benar berita atau ditokok tambah atau diubah suai pihak berkepentingan,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi menerusi ucapannya berkata, tidak ada kebebasan mutlak bagi mana-mana individu atau organisasi untuk membuat kenyataan tidak benar.

“Dalam konteks ini, undang-undang sedia ada memadai untuk memastikan ketenteraman awam tidak terancam. Justeru, pihak wartawan dan organisasi media perlu bertanggungjawab dalam menyebarkan maklumat sahih.

“Wartawan juga berperanan menyuburkan kemakmuran serta keharmonian yang didukung melalui nilai Malaysia Madani,” katanya.

Kod Etika Wartawan itu kali pertama dikemaskini sejak ia diperkenalkan pada 1989 yang memperihalkan tanggungjawab wartawan sebagai suara rakyat.

Terdahulu, Kod Etika Wartawan Malaysia diterbitkan Jabatan Penerangan (JaPen). – 20 Februari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Related