Peminat ‘buang air besar’ di acara Anugerah Muzik Hanteo 2024, bintang K-pop terpaksa tutup hidung

Anugerah Muzik Hanteo ke-31 bukan hanya diingati kerana meraikan pencapaian bintang K-Pop malah ia juga dicemari dengan insiden yang sangat memalukan

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Anugerah Muzik Hanteo ke-31 merupakan acara penuh glamor dan berprestij di Korea Selatan kerana ia meraikan bakat-bakat dalam bidang muzik di negara itu.

Bagaimanapun majlis yang dianjurkan selama dua hari di Dongdaemun Design Plaza di Seoul pada 17 dan 18 Februari itu telah dicemari dengan insiden yang memalukan dan sesuatu yang tidak diduga.

Ini kerana, salah seorang penonton yang berada di dalam dewan, di bahagian berdiri, telah hilang kawalan lalu membuang najis di dalam seluar, di tengah-tengah khalayak ramai dan berdekatan dengan tempat duduk idola mereka.

Difahamkan najis itu bertaburan di lantai dan terkena baju, kasut serta barangan kepunyaan penonton yang lain.

Malah bau busuk itu bukan hanya dihidu penonton, artis K-Pop yang berada di dalam dewan itu juga terpaksa menutup hidung dan mulut kerana tidak tahan dengan bau yang tersebar.

“Ada orang membuang najis di kawasan berdiri berhampiran kawasan menunggu artis… pengawal keselamatan membuat pemeriksaan, dan mengesahkan ia adalah najis,’’ tulis netizen di media sosial.

Ia menyebabkan individu yang tidak dikenali itu menjadi trending di platform media sosial di Korea dengan gelaran ‘orang yang membuang air besar’.

Malah reaksi daripada orang ramai sangat mengejutkan dengan ada yang terkejut, simpati dan marah.
Berikutan itu, individu terbabit yang menyaksikan dirinya menjadi trending di media sosial, telah tampil memohon maaf menerusi platform X dengan menggunakan nama @Sunyeo511698Vip.

“Inilah saya yang membuang air besar di dewan konsert Hanteo. Apabila membelek Twitter, saya mendapati ramai yang mengalami keadaan sukar disebabkan saya.

“Saya memohon maaf di atas ketidakselesaan kepada orang ramai. Saya akan merenung semula apa yang berlaku hari ini. Maaf sekali lagi kerana (merosakkan) hari anda,’’ demikian tulisnya dalam bahasa korea.

@Sunyeo511698Vip turut menawarkan untuk membayar kos dobi.

Insiden itu juga membangkitkan persoalan mengenai keperluan pihak pengurusan untuk menyediakan fasiliti awam yang lebih baik, terutama dalam acara yang besar dan berhampiran idola mereka.

Apa yang pasti, Anugerah Muzik Hanteo ke-31 bukan hanya diingati kerana meraikan pencapaian pemuzik malah ia juga dipenuhi dengan insiden membuang air besar. – 20 Februari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Rape allegations at centre of preacher Zamri Vinoth’s defamation trial

Witness for defence claims in her testimony that preacher had raped her at his Rahang home in 2018

Related