Lelaki hilang di Pantai Batu Buruk ditemukan lemas

Mayat mangsa kemudiannya dibawa naik oleh anggota bomba ke Jeti Marang kira-kira 5.15 petang

8:50 PM MYT

 

KUALA TERENGGANU – Selepas pencarian selama 30 jam, seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Pantai Batu Buruk semalam, akhirnya ditemukan lemas berhampiran Pulau Gemia, Marang petang ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Terengganu Muhammad Basri Kamarazaman berkata mayat Zulkarnain Mohamed Zubir, 44, ditemukan terapung oleh nelayan pada 4 petang tadi, 16 kilometer dari lokasi beliau dilaporkan hilang.

Beliau berkata mayat mangsa kemudiannya dibawa naik oleh anggota bomba ke Jeti Marang kira-kira 5.15 petang.

“Kita menerima laporan orang awam yang memaklumkan penemuan mayat seorang lelaki berseluar pendek hitam, terapung di kawasan berhampiran Pulau Gemia.

“Pasukan bomba, polis dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tiba di lokasi penemuan pada 4.34 petang dan mayat mangsa terus dibawa ke Jeti Marang dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.

Muhammad Basri berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada 6.30 petang tadi, selepas proses pengecaman dilakukan oleh isteri mangsa Nora Elina Abdul Khalit, 44.

Terdahulu Zulkarnain dilaporkan hilang dipercayai dibawa arus ombak ketika beriadah bersama isteri dan dua anak perempuannya, di Pantai Batu Buruk, pagi semalam. – 19 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

DAP not elitist: Zairil defends working-class commitment despite being in federal govt

Penang DAP vice-chairman says the party remains dedicated to social justice, pro-worker policies

Related