Buruh binaan individu pertama di Terengganu dihukum sebat kerana berkhalwat

Hakim Syarie Hamidi Shafie menjatuhi hukuman empat sebatan dan denda RM3,000 selepas Mohd Affendi Awang, mengaku bersalah

3:29 PM MYT

 

KUALA TERENGGANU – Seorang buruh binaan hari ini menjadi pesalah khalwat pertama yang dijatuhi hukuman sebat oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di sini di bawah Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.

Hakim Syarie Hamidi Shafie menjatuhi hukuman empat sebatan dan denda RM3,000 selepas Mohd Affendi Awang, 42, mengaku bersalah.

Hamidi juga memerintahkan Mohd Affendi dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Mahkamah turut memerintahkan Mohd Affendi menjalani hukuman sebat dalam tempoh 14 hari jika tertuduh tidak mengemukakan rayuan.

Mohd Affendi mengaku berada bersama seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang bukan isteri atau mahramnya di antara 1.10 pagi hingga 2.15 pagi pada 25 Jan lepas di tingkat tiga sebuah premis kosong dalam proses baik pulih di Kemaman.

Hukuman sebat dikenakan ke atas lelaki itu kerana ini adalah kesalahan keduanya yang pernah dihukum bagi kesalahan sama pada Julai tahun lepas.

Berdasarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) ( Terengganu) Pindaan 2022, bagi kesalahan khalwat kali kedua dan seterusnya, pesalah boleh dikenakan hukuman sebat hingga enam kali, denda hingga RM5,000 atau penjara tiga tahun.

Dalam penghakimannya, Hamidi berkata hukuman itu bertujuan mendidik pesalah dan masyarakat agar tidak melakukan kesalahan yang sama.

“Sebab itulah sebatan di Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil jauh berbeza. Di Mahkamah Sivil pada zahirnya nampak azab sedangkan di Mahkamah Syariah (sebatan) jauh lebih ringan dengan harapan didikan daripada Allah itu sampai,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pendakwa Syarie Muhamad Khasmizan Abdullah manakala Mohd Affendi tidak diwakili peguam. – 19 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

A modern mufti: Anwar Ibrahim’s vision of Islamic leadership – Tuan Muda 

The prime minister needs the right candidate to journey with him on his reform agenda 

Related