3 pemimpin NGO Islam dalam senarai FBI: KDN dapatkan gambaran tepat daripada Ketua Polis Negara

"Apa yang kita tahu ialah FBI membuat permohonan berkaitan perkara itu, jadi kita kena semak dahulu fakta yang tepat.": Saifuddin Nasution

1:52 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mendapatkan gambaran tepat dan akan menyemak fakta berkaitan tiga pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Islam negara ini yang disenaraikan dalam Terrorist Screening Center atau Pusat Pemeriksaan Pengganas (TSC) oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau sudah menghubungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berhubung perkara itu.

“Saya pun baru mengetahui perkara itu dua hari lepas dan sudah menghubungi Ketua Polis Negara untuk dapat gambaran tepat. Apa yang kita tahu ialah FBI membuat permohonan berkaitan perkara itu, jadi kita kena semak dahulu fakta yang tepat.

“Saya tak bersedia beri fakta tangkap muat atau samar-samar,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis perasmian pembukaan Pejabat Pasport Shaftbury di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan tiga pemimpin daripada NGO Islam berasingan dari Malaysia yang aktif dalam menguruskan bantuan ke Asia Barat disenaraikan dalam TSC oleh FBI.

Susulan itu, Kementerian Luar mengarahkan ketiga-tiga individu berkenaan tidak dibabitkan dalam Ops Ihsan yang menguruskan penghantaran bantuan kemanusiaan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin di Gaza.

Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan, Jismi Johari sebelum ini mengesahkan kesahihan surat pemakluman berkenaan yang diterimanya daripada Kementerian Luar bahagian Asia Barat.

Ops Ihsan diilhamkan bekas Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai platform kerjasama antara Kementerian Luar dan NGO bagi menggerakkan sokongan dan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin. – 19 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related