KDN kaji lanjutan tempoh sah laku pasport kepada 10 tahun

Tempoh sah laku pasport 10 tahun sudah diamalkan di negara ASEAN seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura

12:04 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Imigresen sedang melaksanakan kajian untuk memanjangkan tempoh sah laku pasport Malaysia antarabangsa (PMA) kepada 10 tahun berbanding lima tahun ketika ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana tempoh sah laku pasport selama 10 tahun itu sudah dilaksanakan di beberapa negara.

“Tempoh sah laku pasport selama 10 tahun sudah diamalkan dalam kalangan negara ASEAN seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura. Selain itu di Itali, Perancis, Amerika Syarikat dan United Kingdom,” katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas merasmikan pembukaan Pejabat Pasport Shaftsbury, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Menurut Saifuddin Nasution kajian berkenaan dijangka siap dalam tempoh munasabah sebelum satu dasar dibuat berkaitan perkara itu.

“Saya percaya dalam tempoh munasabah bila hasil kajian itu kita peroleh, kita akan buat dasar tentang keperluan sama ada laksanakan untuk tempoh lima atau 10 tahun,” katanya.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (dua, kanan) merasmikan pembukaan Pejabat Pasport Shaftsbury, Putrajaya yang turut dihadiri Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh (kanan). – Gambar Kementerian Dalam Negeri, 19 Februari, 2024

Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata, satu lagi pejabat pasport imigresen akan dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah yang dijangka beroperasi Jun depan.

Beliau berkata, pejabat berkenaan kini dalam proses disiapkan sebelum beroperasi sepenuhnya.

“Dengan cara ini, kita dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan tanpa menambah jawatan tetapi permudahkan urusan imigresen dengan masyarakat,” katanya.

Mengenai Pejabat Pasport Shaftsbury, beliau berkata, ia adalah pejabat ke-78 dibuka yang menerima permohonan untuk memperbaharui pasport secara dalam talian sepenuhnya.

Katanya, tiga lagi pejabat yang melakukan urusan pembaharuan pasport secara dalam talian ialah cawangan pejabat di Wangsa Maju, Kajang dan Kelana Jaya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, sebanyak 3,057,825 pasport dikeluarkan tahun lepas berbanding 2,574,435 pada tahun sebelumnya yang menyaksikan peningkatan sebanyak 20 peratus.

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related