Mengapa promosi AI apabila kita ada pengkarya? Netizen kecam peraduan Hari Kraf Kebangsaan

Menurut netizen, teknologi AI boleh menjejaskan industri kreatif

10:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, sebuah entiti kerajaan di bawah Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, dikecam netizen berhubung penganjuran pertandingan mencipta poster menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Pertandingan itu, yang diumumkan Kompleks Kraf Kuala Lumpur menerusi satu hebahan di media sosial minggu lalu, akan diadakan pada 25 hingga 29 Februari bersempena Hari Kraf Kebangsaan 2024 (HKK 2024), yang akan berlangsung dari 21 Februari hingga 4 Mac.

Mengikut hantaran mengenai peraduan itu, peserta dibenarkan menghantar seberapa banyak penyertaan dan perlu memuat naik karya mereka di akaun media sosial masing-masing, termasuk Instagram, Facebook, TikTok dan X dengan tanda pagar (hashtag) #AIHKK2024.

Peserta akan dinilai dari segi kreativiti, penulisan serta bilangan like dan share.

Wang hadiah RM50 juga akan diberikan kepada setiap 30 pemenang.

Peraduan itu merupakan salah satu aktiviti di kompleks kraf di sini sempena memperingati Hari Kraf Kebangsaan selain pameran kraf, demonstrasi, dan bengkel apresiasi.

Pengguna X, @ComicsByVieN berkongsi tangkap layar pengumuman pertandingan dan mengkritik penganjuran peraduan itu, dengan mendakwa teknologi AI menjejaskan industri kreatif.

Malah, @Pennycilin3 berkata, pertandingan itu adalah ‘penghinaan’ kepada matlamat di sebalik acara Hari Kraf Kebangsaan, yang diadakan sejak 2003 dengan matlamat untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai produk kraf keluaran tempatan.

Sementara itu, @Syke952 pula sebaliknya berpendapat penganjur peraduan mungkin tidak menyedari sepenuhnya perbezaan antara karya yang dijana AI dan lukisan digital. – 18 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Malaysia’s new social media regulatory framework: What you need to know

New rules aim to curb cybercrime and online harm, individual users not affected

EPF 2024 dividend rate in 6%-6.2% range expected: analyst

Fund had diversified investments amidst a resilient global economy and other favourable conditions last year, may face a challenging 2025 due to global political and economic uncertainties

Related