Dua lelaki ditahan disyaki terlibat curi barang kemas

Kedua-dua suspek positif dadah dan seorang daripada mereka mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan dadah

9:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menahan dua lelaki berusia antara 26 hingga 38 tahun kerana disyaki mencuri barang kemas milik seorang wanita di Mesra Villa, Jalan Ikan Emas, Taman Pandan Mesra, di sini minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata suspek pertama ditahan pada 6.30 petang, 12 Februari lepas di kawasan Taman Pandan Mesra di sini dan soal siasat ke atas penganggur itu membawa kepada tangkapan suspek kedua pada 14 Februari, 8.45 malam di kawasan Sungai Buloh, Selangor.

Katanya suspek pertama mempunyai pertalian persaudaraan dengan mangsa yang berusia 56 tahun manakala suspek kedua yang bekerja sebagai tukang masak berperanan sebagai pembeli barang kemas itu.

Mohd Azam berkata kejadian itu berlaku pada 11 Februari lepas apabila wanita warga tempatan itu mendapati barang kemas yang diletakkan di laci almari dalam bilik tidur rumahnya telah hilang pada 3.30 pagi.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati seutas gelang tangan emas telah tiada manakala seutas rantai leher emas miliknya juga telah ditukar kepada emas palsu dan anggaran kerugian lebih kurang RM30,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata kedua-dua suspek positif dadah dan seorang daripada mereka mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan dadah.

“Motif kejadian adalah disebabkan suspek memerlukan wang untuk menyelesaikan hutang tertunggak motosikal, berjudi dan membeli bekalan dadah,” katanya.

Katanya, suspek pertama direman tujuh hari bermula 13 Februari lepas hingga esok dan suspek kedua direman selama tiga hari bermula dari tarikh tangkap hingga semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu curi dalam rumah, katanya. – 18 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related