MAIWP perlu selaras bantuan zakat bersama agensi lain: Anwar

Sekiranya tiada penyelarasan, dibimbangi akan ada keluarga langsung tidak mendapat bantuan zakat

4:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) perlu menyelaras penyampaian zakat bersama beberapa agensi lain bagi memastikan golongan yang memerlukan mendapat manfaat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya tiada penyelarasan, dibimbangi akan ada keluarga yang langsung tidak mendapat bantuan zakat, berbanding mereka yang sudah menerimanya untuk beberapa kali dalam setahun.

“Tugas MAIWP untuk pastikan urusan zakat dapat disampaikan dengan cermat, jadi ia memerlukan penyelarasan dengan agensi lain.

“Kalau tidak, ada satu keluarga dapat empat kali (bantuan), satu keluarga (pula) tak dapat langsung. Jadi saya harap ini diurus dengan baik,” katanya ketika merasmikan Karnival MAIWP: 50 Tahun Memacu Kegemilangan di Taman Tasik Titiwangsa, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut memberi tempoh sebulan kepada MAIWP untuk mengemukakan laporan lengkap pencapaian tahun lalu serta pelan hala tuju bagi mempertingkat prestasi agensi tersebut pada masa akan datang.

Anwar berkata, beliau mahu melihat MAIWP menjadi contoh kepada negeri lain dalam urusan kutipan zakat dan penyelarasan bantuan agar masalah miskin tegar dapat diatasi secara menyeluruh.

“Saya mahu MAIWP dalam tempoh sebulan… saya nak tahu inventori, buku berapa yang ada belum diedar, di pejabat apa yang ada. Semua itu inventori mengikut tradisi Islam dalam usaha mengurus zakat dengan baik.

“Saya mahu MAIWP mengemukakan cadangan bagaimana boleh menjadi majlis agama Islam terbaik dan pengurusan serta tatakelola terbaik serta mengenepikan apa saja perbelanjaan yang tidak perlu. Menoktahkan kemiskinan itu betul, tapi memperbaiki tatakelola juga penting dan pastikan, kita mampu membawa contoh.

“Bukan sekadar jabatan kerajaan dan orang politik, kadang-kadang dana zakat pun ada kisah diselewengkan. Jadi, sebab itu kita harus ambil sikap sangat tegas, jangan kekalkan amalan begini,” katanya.

Tahun lalu, MAIWP berjaya mengutip zakat sebanyak RM1.03 bilion dan 93 peratus daripada kutipan tersebut iaitu RM952.27 juta telahpun diagihkan kepada golongan asnaf yang memerlukan. – 18 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related