Kerajaan negeri bantu penempatan semula warga MAHB terkesan projek pembesaran LTAPP

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata penempatan semula itu membabitkan mereka yang menetap di kuarters dan ditawarkan rumah mampu milik di Teluk Kumbar

6:53 PM MYT

 

BUKIT MERTAJAM – Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyelesaikan penempatan semula lebih 50 warga kerja Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang terkesan dengan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP). 

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata penempatan semula itu membabitkan mereka yang menetap di kuarters dan ditawarkan rumah mampu milik di Teluk Kumbar.

“Peranan kerajaan negeri adalah terhad kerana projek ini dikendalikan oleh MAHB. Fasa yang akan dilaksanakan ini tidak melibatkan pengambilan tanah, jadi kerajaan negeri hanya boleh bantu dari segi penempatan semula kuarters di atas tapak itu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Batu Kawan di Juru hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika lawatan kerja ke Pulau Pinang mengumumkan Kerajaan Persekutuan bersetuju mempercepat projek pembesaran LTAPP.

Chow berkata pihaknya menyambut baik pengumuman itu kerana jumlah pelancong ke Pulau Pinang semakin meningkat.

“Projek ini perlu disegerakan memandangkan sektor pelancongan sudahpun pulih selain penambahan penerbangan ke Pulau Pinang… dengan penambahan itu, ia menjadikan keadaan lebih mendesak dan untuk projek ini disiapkan pun mengambil masa paling kurang tiga tahun maka usaha untuk menambah penerbangan mungkin terhalang jika kemudahan tidak mencukupi di lapangan terbang,” katanya. – 17 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related