‘Terima kasih tinggal nombor telefon tapi call 80 kali tak jawab’

Seorang wanita yang dikatakan mahu ke hospital kecewa apabila laluan keluar keretanya dihalang kenderaan lain, sehingga menyebabkan dia terpaksa menaiki grab

5:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Isu ‘double park’ atau meletakkan kenderaan sehingga menghalang laluan keluar pemandu lain bukan cerita baharu, malah tindakan biasa yang sering dilihat setiap hari.

Alasan selalu diberikan individu yang melakukan perbuatan terbabit adalah tiada ruang parkir berhampiran tempat atau premis ingin dituju, selain hanya mahu menjalankan urusan dalam tempoh singkat, menyebabkan mereka mengambil jalan mudah seperti itu.

Namun, kebiasaannya, individu akan meletakkan kertas atau kad tertera nombor telefon di bahagian dalam cermin depan kenderaan apabila melakukan double park bagi membolehkan pemandu yang berada di ruang parkir yang dihalang menghubungi mereka untuk mengalihkan kenderaan.

Bagaimanapun, ada individu yang melakukan tindakan itu bersikap tidak bertanggungjawab atau tidak prihatin dengan keperluan pemandu kenderaan dihalang mereka.

“Kesian kat kakak tu, nak pergi hospital kena naik grab pula.

“Dah la naik grab, lepas tu kena bayar parking (parkir) ekstra sebab orang kurang cerdik macam ini.

“Bertabah ya kak, semoga dipermudahkan segala urusan,” katanya menerusi perkongsian itu.

Dia juga turut membuat pautan perkara itu ke akaun Tik Tok Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menerusi beberapa gambar memaparkan situasi terbabit dikongsikan Alepdepay di media sosialnya itu, kelihatan seorang wanita dipercayai ‘mangsa’ tindakan pemandu yang melakukan ‘double park’ berkenaan, menunggu di tepi kenderaannya yang diletakkan di ruang parkir awam.

Dia kemudian dikatakan meletakkan sekeping nota di wiper atau pengelap cermin kenderaan terbabit, meluahkan kekecewaan ekoran sikap pemandu berkenaan yang gagal menjawab panggilan telefon, walaupun meletakkan nombor telefon bimbit untuk dihubungi.

“Terima kasih! Disebabkan saya ada emergency dekat hospital, kereta Honda hitam awak jadi penyebab saya tak boleh ke mana-mana.

Terima kasih sebab tinggalkan nombor telefon tapi call 80 kali tak jawab-jawab.

“Terima kasih ya, anda memang terbaik!,” tulis wanita itu penuh kecewa.

Sementara itu, rata-rata netizen bersimpati dengan situsi dialami wanita terbabit serta mengecam tindakan dianggap tidak bertimbang rasa dan mementingkan diri pemandu kenderaan berkenaan.

“Salah satu masalah manusia, double park tinggal nombor. Tapi nombor tak kenal tak nak angkat. Hmmm,” kata shazaaaiexzaty.

“Jenis double park yang annoying (meluat) bila call tak angkat dan jenis tinggal bisnes card yang font kecil macam semut kat dashboard kereta yang tinggi,” tulis Neferlily.

“Itu yang selalu kamu hadapi…kesian akak tu…tak baik tau pemilik Honda,” komen seorang pengguna.

Segelintir netizen pula berkongsi pengalaman masing-masing yang pernah ‘sakit hati’ apabila berdepan situasi seperti itu.

“Aku pernah call orang double park aku. Dia siap reject call aku tu. Aku mesej baru dia turun alihkan kereta. Dia ingat aku scammer?,” kata Akiko.

“Aku pernah kena nak balik kerja orang tu pergi meeting tempat lain jauh kalau sampai pun malam. Aku call tak angkat. Mesej memang berbakul kena maki. Hampir nak panggil brother proklift angkat,” tulis ziqfanmika.

“Pernah kena macam ini kat private car park, nak rush balik sebab ada janji temu jumpa doktor pakar, sekali car park attendant bawa orang dia alihkan kereta sampai kami boleh keluar,” kongsi Dr@go.

“Saya pernah kena, dah lah tak tinggal nombor telefon, hon tak turun-turun, akibatnya saya lambat masuk office dekat sejam, dah la tak minta maaf apa,” cerita surihatimrlawyer.

“Pernah kena wei, nak ambil anak pulang sekolah kena sidai dekat 45 minit tau, last naik grab, kesian anak, dah naik rumah orang tu suruh alih, (tapi) dia tak mengaku,” kata seorang netizen.

“Teringat aku pernah baca komen seorang lelaki tak boleh bawa neneknya ke hospital sebab seseorang double park depan keretanya, ia terlambat, neneknya meninggal dunia,” luah seorang individu.

Manakala, ada netizen yang bertanya siapakah pihak yang sepatutnya dihubungi sekiranya berdepan situasi terbabit, iaitu sama ada pihak berkuasa tempatan atau polis.

“Kalau kena macam ni setengah jam…sejam…nak call siapa dulu?polis atau pihak berkuasa tempatan?, soal seorang individu.

“PBT minta tunda,” jawab seorang netizen.

Ada pula netizen memuji budi bahasa ditunjukkan wanita itu yang tetap menulis secara berhemah walaupun sedang ‘panas hati’.

“I appreciate dalam kemarahan dan sindiran, dia tetap ada adab bila menulis…,” kata seorang netizen. – 17 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Related