KUALA LUMPUR – Pasangan suami isteri menamakan anak mereka sebagai M Prabowo Gibran sempena kelahirannya pada hari pesta demokrasi Indonesia.
Atturmizi, 45, yang menetap di Sumatera Selatan mengaku dirinya dan isteri menjadikan Prabowo Subianto sebagai idola mereka.
Tambahnya, bayi tersebut lahir ketika dia dan isterinya mahu keluar mengundi.
Namun ketika dalam perjalanan ke pusat pengundian, isterinya mengadu sakit perut.
Atturmizzi kemudian membawa isterinya itu ke rumah bidan berdekatan dan anaknya itu selamat dilahirkan.
Dia amat gembira dengan kelahiran anaknya itu dan berharap agar dia menjadi pemimpin suatu hari nanti.
“Semoga anak saya selalu sihat dan boleh menjadi seperti Pak Prabowo dan Gibran, jadi pemimpin,” katanya. – 17 Februari, 2024