Kebocoran gas ammonia: Keadaan 18 mangsa termasuk dua ibu hamil stabil: KKM

Keadaan mereka stabil, 14 daripada mereka mengalami gejala ringan yang boleh dirawat sebagai pesakit luar

2:06 PM MYT

 

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan 18 mangsa yang sedang dirawat di tiga hospital sekitar Lembah Klang susulan insiden kebocoran gas ammonia di sebuah kilang di kawasan Perindustrian Bukit Raja, Seksyen 7, Shah Alam, semalam, dalam keadaan stabil.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata 10 mangsa dimasukkan ke Hospital Shah Alam dan lima lagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, manakala tiga individu di Hospital Sungai Buloh.

“Keadaan mereka stabil, 14 daripada mereka mengalami gejala ringan yang boleh dirawat sebagai pesakit luar.

“Empat mangsa lagi termasuk dua ibu mengandung dimasukkan ke dalam wad bagi pemantauan, namun tiada kemasukan pesakit ke unit rawatan rapi,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Kanser Sedunia di sini hari ini, sebagai mengulas status mangsa kebocoran gas ammonia yang sedang dirawat di fasiliti KKM.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar semalam dilaporkan berkata pihaknya menerima panggilan pada 11.15 pagi berhubung kejadian tersebut dan mendapati terdapat kebocoran gas ammonia daripada injap tangki penyimpanan gas tersebut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata siasatan awal mendapati kebocoran berlaku apabila jentera pengangkat terlanggar injap satu tangki ammonia, ketika kerja mengalihkan tangki tersebut, manakala pihak kilang telah menghubungi vendor untuk pembaikan injap terbabit dan operasi tamat pada 6.30 petang Jumaat. – 17 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Related