Kerajaan akan tambah 186 PEDi di seluruh negara: PM

Kerajaan akan menambah lebih 180 PEDi menjadi 1,097 di seluruh negara menjelang hujung tahun ini

11:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani akan menambah 186 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) baharu menjadikan jumlah keseluruhan PEDi di Malaysia sebanyak 1,097 menjelang hujung tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketika ini terdapat 911 PEDi dan usaha menambah pusat sehenti penggunaan jalur lebar bagi kawasan kurang mendapat perhatian itu adalah ikhtiar kerajaan untuk mendepani masalah kesenjangan digital serta pendapatan.

“Transformasi digital adalah agenda penting dalam usaha menterjemah wawasan kerangka Ekonomi Madani.

“Tahap penguasaan ilmu dalam bidang baharu mesti cepat digarap dan dikuasai agar masyarakat tidak ketinggalan dalam arus deras perubahan. Saya yakin rakyat pasti mendapat manfaat dan memanfaatkannya agar masyarakat lebih kendiri dan maju,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Menurut Perdana Menteri, Kerajaan Madani akan menambah lebih 180 PEDi menjadi 1,097 di seluruh negara menjelang hujung tahun ini. – Gambar FB Anwar Ibrahim, 16 Februari, 2024

Terdahulu, Perdana Menteri dalam ucapan pada Majlis Perasmian Karnival Pengukuhan Kesalinghubungan dan Pembangunan Usahawan Pulau Pinang mengumumkan pertambahan 38 PEDi baharu bagi negeri itu (menjadikan jumlah keseluruhan 41 PEDi di Pulau Pinang) dengan peruntukan sebanyak RM47 juta disediakan bagi tujuan pembinaan dan pengoperasiannya.

Anwar turut menzahirkan penghargaan atas usaha dan khidmat mereka yang menjayakan PEDi khususnya untuk masyarakat luar bandar dan kawasan luar jangkauan yang telah memberi pendedahan serta manfaat kepada komuniti sekitar.

Turut hadir pada majlis itu Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din. – 16 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related