Naik taraf semua kuarters PGA siap suku kedua tahun ini: Saifuddin

RM200 juta diperuntukkan kerajaan bagi menaik taraf kuarters terbabit selepas peruntukan RM45 juta disalurkan untuk menambah baik pos PGA

9:12 PM MYT

 

CHERAS – Kerja menaik taraf kuarters kediaman Pasukan Gerakan Am (PGA) di seluruh negara dijangka siap pada suku kedua tahun ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebanyak RM200 juta diperuntukkan kerajaan bagi menaik taraf kuarters terbabit selepas peruntukan RM45 juta disalurkan untuk menambah baik pos PGA.

“Naik taraf semua pos PGA seluruh negara hampir siap semuanya mengikut jadual termasuk 20 pos di Selangor bagi menjaga kawasan perairan sempadan Selat Melaka daripada aktiviti pendatang asing, penyeludupan kontraband dan dadah serta ancaman di laut.

“Kontraktor ambil masa satu hingga tiga bulan sahaja untuk selesaikan projek naik taraf pos ini, maknanya ada kekuatan kewangan, cukup tenaga kerja dan rekod bayaran disempurnakan dengan cepat, semua faktor ini menyumbang kepada tempoh yang singkat untuk menyiapkan projek.

“Jadi, bagi kerja menaik taraf kuarters PGA, ia masih berterusan dan dengan rekod cemerlang kontraktor dalam menyiapakan pos itu, kita jangkakan suku kedua tahun ini dapat disiapkan (naik taraf kuarters),” katanya pada sidang media selepas lawatan kerja ke Briged Tengah PGA) di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata, menjaga aspek kebajikan anggota PGA adalah penting dalam meningkatkan moral pasukan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain (empat, kiri) melawat unit kediaman PGA Cheras yang telah dinaik taraf. – Riduan Rizal Ahmad/Scoop, 16 Februari, 2024

“Saya jumpa anggota bertugas dan mereka melahirkan rasa gembira, bersyukur serta terima kasih kerana telah menunggu lama penambahbaikan itu.

“Daripada keadaan tidak layak diduduki sekarang sudah dalam keadaan yang cukup selesa , jadi aspek kebajikan kita bagi keutamaan,” katanya.

Beliau turut melawat beberapa unit kediaman PGA Cheras yang dinaik taraf termasuk cat baharu, pendawaian elektrik baharu, kemudahan bilik air, ruang dapur dinaik taraf selain lantai dan lampu diganti.

“Yang asalnya dua unit bersebelahan, kita buka menjadikan satu unit yang lebih besar dengan keluasan lantai jauh lebih selesa.

“Penghuninya juga melahirkan rasa gembira dan saya fikir ini keputusan yang betul, pelaksanaannya juga mengikut jadual dengan saiz perbelanjaan yang munasabah,” katanya yang memaklumkan 859 unit kediaman PGA Cheras sudah dinaik taraf. – 16 Februari, 2024

Topics

Hangat

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Zhijie’s tragic death underscores crucial BAM-IJN partnership for athlete health

Incident a 'wake-up call' for importance of comprehensive health checks among athletes, medical assessments should be mandatory across all national sports associations, says BAM president

Fuad has no right to intervene in Sabah 40% special grant case: Kitingan

Deputy CM asserts that the lawyer has no authority to speak for state govt as he was not appointed

Related