Pati lolos Kem Bidor, 101 sudah ditahan dan ditempatkan di lokasi lain: Saifuddin

Polis telah menghentikan operasi sekatan jalan raya dengan pencarian lagi 28 orang akan dibuat berdasarkan maklumat orang awam

6:19 PM MYT

 

CHERAS – Seramai 101 daripada 131 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor, Perak pada 1 Februari lalu sudah ditahan semula.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, mereka kini ditempatkan di sebuah lokasi lain sementara menunggu keputusan sama ada kem Bidor itu boleh diteruskan sebagai pusat tahanan Imigresen atau sebaliknya.

Tegasnya, polis juga telah menghentikan operasi sekatan jalan raya dengan pencarian lagi 28 orang akan dibuat berdasarkan maklumat orang awam.

“Pencarian dalam kaedah biasa itu kita hentikan selepas dapat tangkap 101 Pati manakala dua orang telah meninggal dunia.

“Kem bidor itu sendiri asalnya bukan depoh imigresen , itu adalah pusat PLKN, jadi tentunya ada beberapa kekurangan.

“Buat masa sekarang, kita tidak tempatkan mereka yang ditangkap di situ, tapi satu lokasi lain sementara kita buat keputusan dalam masa terdekat sama ada Kem Bidor itu kita akan teruskan sebagai pusat tahanan Imigresen atau tidak, itu belum ada ketetapan,” katanya.

Sebahagian pendatang asing tanpa izin yang meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor ditahan di sebuah kebun jambu di Kampung Senta, Tapah, baru-baru ini. – Gambar Bernama, 16 Februari, 2024

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan ke Briges Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, dalang utama kejadian lolos itu juga masih dijejaki dan dalam siasatan polis.

Ditanya sama ada selepas ini Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) akan dibenarkan masuk ke depoh tahanan imigresen, Saifuddin berkata, hubungan baik dengan pihak terbabit membolehkan perbincangan lanjut dilakukan berkaitan perkara itu.

“Seperti yang sedia maklum, usaha kami ialah untuk menjayakan perkongsian data , dalam proses ini ada beberapa perkara yang UNHCR minta, antaranya kebenaran untuk melawat.

“Itu tidak ada masalah setakat ini, perbincangan yang dibuat sama ada di peringkat UNHCR di Kuala Lumpur ataupun di lokasi luar negara,” katanya

Sebelum ini UNHCR menyuarakan kebimbangan mengenai insiden rusuhan di Depoh Tahanan Sementara Imigresen Bidor, Perak, itu minggu lalu, sehingga berlakunya tindakan tahanan melarikan diri.

Badan antarabangsa itu menerusi kenyataannya juga meminta supaya diberi kelulusan oleh pihak berkuasa Imigresen serta akses untuk bertemu dengan tahanan.

Terkejut dan bersedih dengan kematian dua daripada 131 tahanan yang melarikan diri dari Depoh Tahanan Sementara Imigresen Bidor, Perak, malam Khamis lalu, UNHCR akan terus berusaha dan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen serta agensi berkaitan bagi mendapatkan akses untuk bertemu dengan tahanan yang memerlukan perlindungan mereka. – 16 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

The ‘powerful’ fallacy of MCMC – Wong Chun Wai

New regulations are needed to police rampant crimes committed on social media platforms used by millions of Malaysians

Related