Tarif elektrik: Anwar persoal taraf kerakyatan wakil rakyat pembangkang jadi jurucakap warga asing

Penyelarasan itu adalah salah satu langkah yang diambil kerajaan dalam penyasaran subsidi

4:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hairan kenapa wakil rakyat pembangkang bertubi-tubi menyerang usaha kerajaan membuat penyelarasan kadar tarif elektrik kepada orang kaya dan warga asing.

Beliau turut mempersoalkan taraf kerakyatan wakil rakyat pembangkang di negara ini kerana berterusan menyerang kerajaan dalam isu berkenaan sedangkan ia turut dinikmati kumpulan berpendapatan tinggi dan 3.5 juta warga asing yang berada di negara ini.

“Bila naik harga elektrik, orang (wakil rakyat pembangkang) serang saya habis-habisan padahal kenaikan itu membabitkan 15% orang terkaya dan warga asing.

“Rakyat biasa jangan kita kenakan peningkatan harga elektrik. Ini, hang (wakil rakyat pembangkang) wakil apa, wakil Bangladesh, Burma (Myanmar) atau Melayu di Malaysia?

“Kalau wakil rakyat Malaysia, dia tahu bahawa tarif yang kita naikkan itu tidak kepada rakyat biasa tetapi kepada mereka yang terpaling kaya dan warga asing sahaja,” katanya seperti yang dilaporkan Berita Harian.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Program Jualan Termurah Madani di Bandar Perda, di sini, hari ini.

Anwar menegaskan, penyelarasan itu adalah salah satu langkah yang diambil kerajaan dalam penyasaran subsidi.

Sebelum ini, Anwar berkata, subsidi dikeluarkan kerajaan untuk rakyat di seluruh negara termasuk elektrik, minyak dan makanan dijangka mencecah RM81 billion tahun ini.

Menurut Anwar, walaupun angka itu dilihat tinggi, mengurangkan jumlah subsidi itu tanpa melihat kepada keperluan rakyat bukan satu pilihan kepada kerajaan bagi memastikan rakyat tidak terbeban terutama dengan kos sara hidup masa kini.

Justeru, katanya rasionalisasi subsidi yang sedang dilaksanakan kerajaan kini adalah penting dalam memastikan rakyat dapat dibantu dan ekonomi negara sentiasa kekal ampuh. – 16 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Budget 2025: consider soft loan to help us replace old school buses, say operators

Federation of School Bus Associations’s president Amali Munif Rahmat says that an interest-free soft loan can help them procure new buses and recruit young operators

MCMC recorded nearly 9,500 reports on cyberbullying in the last three years

Online scams are just behind with 9,321 complaints; 143 reports on child sexual content

Top Ismail Sabri aides arrested over money laundering, graft probe: Azam Baki

Sources said that multiple cases are under investigation, including the alleged misuse of RM700 million

Related