Rakyat Malaysia nikmati tambang RM5 sehala bagi tren Shuttle Tebrau bermula 1 Ogos

Harga sama dikenakan untuk perjalanan ulak-alik itu akan memberi penjimatan lebih separuh kepada pengguna, berbanding bayaran ketika ini

11:52 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan tren Shuttle Tebrau bakal menikmati tambang RM5 sehala dari Johor Bahru (JB) Sentral ke Woodlands, Singapura dan sebaliknya, sekali gus menyaksikan penjimatan lebih separuh nilai bayaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin berkata, ketika ini, kadar tambang dari JB Sentral ke Woodlands adalah RM5, manakala pembelian perjalanan sehala dari Woodlands ke Johor Bahru berharga SGD5 (RM17.75).

Dengan tambang baharu itu, penumpang hanya perlu membayar RM10 apabila menggunakan perkhidmatan untuk kedua-dua laluan, berbanding lebih RM22 untuk bayaran ketika ini.

“Tambang ini boleh dinikmati bermula 1 Ogos depan, manakala jualan tiket akan mula dibuka pada 29 Februari 2024 (Khamis),” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, pelarasan semula kadar tambang itu, akan memanfaatkan kira-kira 40,000 rakyat Malaysia yang bergantung kepada mod perkhidmatan kereta api untuk berulang-alik dari JB Sentral dan Woodlands, apabila tidak perlu lagi membayar tambang berharga SGD5 dari Woodlands.

Rani berkata, bagi membolehkan mereka menikmati keistimewaan itu, warganegara Malaysia perlu mendaftar akaun di aplikasi KTMB Mobile (KITS).

Mereka juga, katanya, perlu membuat pengesahan kad pengenalan terlebih dahulu di kiosk tiket (TVM) atau kaunter tiket di seluruh rangkaian KTMB.

KTMB juga, ujarnya, akan membuka kaunter tambahan di JB Sentral bagi memastikan kelancaran pengesahan kad pengenalan dari 19 Februari sehingga 1 Mac 2024.

“Pengesahan kad pengenalan ini adalah sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab, menyalahgunakan tambang warganegara,” katanya.

Pada masa sama, Rani berkata, pengguna dinasihatkan untuk mendaftar akaun KITS dan mod pembayaran tiket boleh dilakukan melalui KTM Wallet, e-wallet Touch & Go, e-wallet Boost, kad debit dan kad kredit.

“Bagi maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di 03 2267 1200 atau mendapatkan maklum balas segera melalui Messenger Facebook rasmi KTMB,” katanya. – 16 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related