Suspek bakar kereta polis bantuan positif dadah, mahu dapat perhatian di TikTok

Siasatan awal mendapati suspek melakukan perbuatan itu kerana mahu mendapatkan rating tinggi di aplikasi TikTok

11:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang pekerja p-hailing membakar sebuah kereta polis bantuan dan memuat naik video kejadian tersebut bagi mendapatkan perhatian di aplikasi TikTok, membawa padah apabila ditahan polis pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata suspek lelaki berusia 25 tahun itu ditahan di Flora Damansara, di sini, kira-kira 10 pagi tadi dan polis turut merampas tukul besi serta botol air berisi petrol disyaki digunakan dalam kejadian tersebut.

“Siasatan awal mendapati suspek melakukan perbuatan itu kerana mahu mendapatkan rating tinggi di aplikasi TikTok dengan cara memuat naik video kejadian melalui telefon bimbitnya selain mahukan perhatian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian 1.42 pagi tadi, sebuah kereta milik polis bantuan Prasarana Malaysia Berhad terbakar dipercayai akibat dibaling molotov cocktail berhampiran Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara.

Video suspek berlatarbelakangkan kereta berkenaan yang sedang terbakar turut tular di laman sosial  dengan kapsyennya yang mendakwa berpuas hati kerana telah membakar kereta tersebut.

Mohamad Fakhruddin berkata semakan mendapati lelaki itu yang bekerja sebagai penghantar makanan positif dadah jenis morfin hasil ujian saringan air kencing, namun tiada rekod jenayah lampau.

Menurutnya lelaki tersebut akan direman esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 dan 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat dengan api. – 15 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related