Kes Nik Elin: Bertenang, hormati proses Jawatankuasa Khas di bawah MKI

Semua pihak juga dinasihatikan supaya tidak mendahului proses jawatankuasa tersebut

5:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semua pihak tanpa mengira fahaman politik diingatkan supaya bertenang dan menghormati proses Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan di bawah Majlis Kebangsaaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, semua pihak juga dinasihatikan supaya tidak mendahului proses jawatankuasa tersebut.

“Patik menjunjung kasih di atas titah nasihat serta pandangan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi MKI.

“Semoga titah nasihat Tuanku ini dijadikan panduan serta dituruti semua pihak, tanpa mengira fahaman politik.

“Pada masa sama, usahlah diteruskan polemik tidak sihat dan mengelirukan, demi kemaslahatan masyarakat,” katanya menerusi ciapan di platform X, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, Kementerian Komunikasi akan memberikan kerjasama penuh serta menuruti titah nasihat dan pandangan Sultan Selangor.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin bertitah semua pihak harus menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara dan perlu sentiasa didukung oleh rakyat.

Baginda bertitah dalam menangani isu berbangkit kini, yang penting ialah usaha mencari jalan mengatasi segala permasalahan yang timbul dengan mengkaji kaedah memperluaskan kompetensi Badan Perundangan Negeri untuk menggubal undang-undang jenayah syariah dalam kerangka yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Usaha-usaha ini termasuklah mengkaji sekiranya ada keperluan untuk mencadangkan pindaan kepada peruntukan tertentu Perlembagaan Persekutuan dan/atau undang-undang Persekutuan yang berkaitan.

“Ini bagi memastikan kuasa Badan Perundangan Negeri untuk menggubal undang-undang jenayah syariah termaktub secara jelas dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa sebarang kekaburan (ambiguity),” titah baginda.

Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin titah Sultan Sharafuddin Idris Shah akan meredakan suhu politik berkait keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid.

Tegasnya, sebarang cadangan baharu berkait kedudukan mahkamah syariah boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-undang Islam (Jawatankuasa Khas).

“Saya bagi pihak kerajaan menyambut baik kenyataaan Sultan Selangor yang masih tegas mempertahankan semangat perlembagaan negara. Kenyataan itu yang menekankan dan menurunkan suhu hangat politik berkait dengan keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai kedudukan mahkamah syariah dalam negara.

“Mungkin bagi masyarakat Melayu dan Islam, isu ini jadi isu politik yang hangat, (ada) menghukum, mencerca, penghinaan kepada hakim-hakim dan kerajaan. Sebarang cadangan baharu berkait kedudukan mahkamah syariah boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Khas tersebut.

“Kerajaan dah lantik bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki (Tun Azmi) untuk pengerusikan jawatankuasa ini bagi melihat isu dibangkitkan oleh negeri dalam perkara itu,” katanya. -15 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related