Titah Sultan Selangor redakan suhu politik berkait keputusan kes Nik Elin

Kenyataan Sultan Selangor itu juga menunjukkan Malaysia patuh kepada prinsip Perlembagaan

3:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin titah Sultan Sharafuddin Idris Shah akan meredakan suhu politik berkait keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes peguam Nik Elin Zurina Abdul Rashid.

Perdana Menteri berkata demikian merujuk kenyataan Sultan Sharafuddin selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) hari ini yang mengingatkan semua pihak harus menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lalu.

Beliau menegaskan sebarang cadangan baharu berkait kedudukan mahkamah syariah boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-undang Islam (Jawatankuasa Khas).

“Saya bagi pihak kerajaan menyambut baik kenyataaan Sultan Selangor yang masih tegas mempertahankan semangat perlembagaan negara. Kenyataan itu yang menekankan dan menurunkan suhu hangat politik berkait dengan keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai kedudukan mahkamah syariah dalam negara.

“Mungkin bagi masyarakat Melayu dan Islam, isu ini jadi isu politik yang hangat, (ada) menghukum, mencerca, penghinaan kepada hakim-hakim dan kerajaan. Sebarang cadangan baharu berkait kedudukan mahkamah syariah boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-undang Islam (Jawatankuasa Khas).

“Kerajaan dah lantik bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki (Tun Azmi) untuk pengerusikan jawatankuasa ini bagi melihat isu dibangkitkan oleh negeri dalam perkara itu,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata, kenyataan Sultan Selangor itu juga menunjukkan Malaysia patuh kepada prinsip Perlembagaaan.

“Jadi keputusan Mahkamah Persekutuan itu perlu dihormati, tidak timbul hendak meringankan atau meremehkan mahkamah syariah.

“(Malah) tonggak Perlembagaan tidak dapat dirobohkan kerana negara ini berpaksikan kepada keluhuran undang-undang,” katanya.

Hari ini, Sultan Selangor mengingatkan semua pihak harus menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara dan perlu sentiasa didukungi rakyat Malaysia.

Sultan Sharafuddin selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bertitah demikian dalam Mesyuarat MKI kali Ke-71 di Putrajaya.

Baginda bertitah, Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Kompetensi Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk menggubal undang-undang Islam yang ditubuhkan Ogos tahun lalu sedang meneliti isu berbangkit mengenai keputusan kes peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid.

Ia susulan Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 seksyen dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 dalam petisyen yang dikemukakan Nik Elin bersama anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman adalah terbatal dan tidak sah.

Sultan Selangor bertitah, jawatankuasa khas itu diberi tempoh setahun dari tarikh penubuhannya bagi memberikan sebarang cadangan kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) sebelum dibawa kepada Majlis Raja-Raja untuk diperhalusi dan diperkenankan. – 15 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related