Keputusan kes Nik Elin: Jawatankuasa Khas diberi tempoh setahun beri cadangan kepada MKI: Sultan Selangor

Selepas itu, cadangan tersebut akan dibawa ke Majlis Raja-Raja untuk diperhalusi dan diperkenankan

2:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menggubal undang-undang Islam yang ditubuhkan Ogos tahun lalu sedang meneliti isu berbangkit mengenai keputusan kes peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid.

Ia susulan Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 seksyen dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 dalam petisyen yang dikemukakan Nik Elin bersama anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman adalah terbatal dan tidak sah.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, jawatankuasa khas itu diberi tempoh setahun dari tarikh penubuhannya bagi memberikan sebarang cadangan kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) sebelum dibawa kepada Majlis Raja-Raja untuk diperhalusi dan diperkenankan.

“Beta menyeru dan menggesa semua pihak, termasuk pakar-pakar perundangan agar membantu jawatankuasa khas ini dengan memberikan cadangan-cadangan berilmiah, bernas serta praktikal.

“Beta faham adalah menjadi satu amanah yang berat yang perlu dipikul oleh jawatankuasa khas ini. Namun beta percaya dengan pengalaman dan kelayakan ahli-ahlinya, satu penyelesaian dapat dicapai bagi manfaat semua pihak terutama umat Islam di negara ini,” titahnya dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat MKI kali ke-71 di Putrajaya hari ini. – 15 Februari, 2024

BERITA LANJUT MENYUSUL

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Related