Pengarah eksekutif, CEO Aman Palestin mengaku tidak bersalah 52 tuduhan pecah amanah

Kesemua tuduhan jenayah pecah amanah itu melibatkan dana lebih RM20 juta

11:58 AM MYT

 

SHAH ALAM – Pengarah Eksekutif Aman Palestin Bhd, Abdullah Zaik Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif, Awang Sufian Awang Piut mengaku tidak bersalah terhadap kesemua 52 tuduhan jenayah pecah amanah melibatkan dana RM20.946 juta.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan itu, membabitkan dana sama, atas kapasiti sebagai pengarah Samudra Champa Sdn Bhd yang diamanahkan dengan aset milik Aman Palestin dalam bentuk wang tunai.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan dan pasukan pembelaan kedua-duanya bersetuju untuk mengemukakan jumlah jaminan yang ditetapkan pada RM1 juta dengan seorang penjamin.

Beliau mencadangkan RM500,000 didepositkan kepada mahkamah hari ini manakala kedua-dua mereka diberi tempoh sebulan untuk membayar bakinya.

Pihak pembelaan dan pendakwaan juga bersetuju supaya Zaik menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Datuk Anita Harun bersetuju mengenainya.

Pertuduhan pertama kali dibacakan kepada Zaik sebelum Awang dikenakan pertuduhan yang sama di bilik mahkamah yang sama selepas ikat jamin kedua-duanya diselesaikan.

Semua 52 tuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana jenayah pecah amanah.

Transaksi didakwa berlaku antara 12 Mac 2018 dan 3 November tahun lalu, di pelbagai cawangan Maybank di Bandar Baru Bangi.

Kedua-dua mereka turut dibicarakan selepas didakwa bersama atas 19 pertuduhan menipu dengan menaikkan harga jongkong emas yang dijual kepada lembaga pemegang amanah Aman Palestin.

Mereka dituduh secara tidak jujur meningkatkan kos bahan sebanyak RM5.75 juta sepanjang pelbagai transaksi antara September 2021 dan Julai 2023.

Ikat jamin ditetapkan dengan syarat sama, dengan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 13 Mac depan. – 15 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Elderly, disabled face ‘roadblocks’ as public transport goes fully digital

Consumer group urges government and public transport companies to be more inclusive with digitalisation approach

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related