Kerja pengalihan bangkai pesawat nahas di Kapar selesai

Sisa serpihan dan bahagian bangkai pesawat terbabit akan dibawa ke sebuah hangar berdekatan lapangan terbang di Subang untuk dikumpul bagi tujuan siasatan

4:13 PM MYT

 

KAPAR – Kerja-kerja pengalihan dan pengumpulan serpihan pesawat malang model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda di sini semalam, selesai kira-kira pukul 1.05 tengah hari tadi. 

Tinjauan media di lokasi nahas yang mengorbankan dua mangsa itu mendapati, kerja-kerja berkenaan yang dimulakan kira-kira 10 pagi melibatkan anggota Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) dan beberapa pihak berkaitan. 

Kenderaan jengkaut telah digunakan bagi kerja pengalihan bahagian pesawat yang berat dan besar seperti enjin, selain pengumpulan sisa serpihan lain dikutip beberapa petugas di lokasi sebelum dikumpulkan ke dalam sebuah lori dan sebuah kenderaan pacuan empat roda. 

Difahamkan, sisa serpihan dan bahagian bangkai pesawat terbabit akan dibawa ke sebuah hangar berdekatan lapangan terbang di Subang untuk dikumpul bagi tujuan siasatan. 

Dalam nahas itu, juruterbang Daniel Yee Hsiang Khoon, 31, dan seorang pembantu juruterbang Roshaan Singh Raina, 43, disahkan maut dalam nahas itu.

Bedah siasat terhadap kedua-dua mangsa di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang yang selesai pada 12.15 tengah hari tadi mendapati punca kematian mereka disebabkan pelbagai kecederaan pada anggota badan akibat nahas pesawat.

Pesawat dikendalikan Air Adventure Flying Club itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada 1.28 tengah hari untuk penerbangan rekreasi sebelum dilaporkan terhempas pada 1.45 tengah hari. – 14 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Adakah Petronas akan kurangkan pekerja untuk atasi kerugian daripada perjanjian dengan Petros?

Sumber mendakwa syarikat minyak dan gas negara dijangka mengalami kerugian hasil sebanyak 30% sebaik formula yang dipersetujui untuk pengagihan gas asli di Sarawak dilaksanakan

Related