Keputusan tambah baik struktur gaji penjawat awam dijangka diumum dalam Belanjawan 2025

Mesyuarat telah membincang dan menimbang inisiatif penambahbaikan dalam Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) terutama berkaitan dengan aspek meningkatkan pendapatan boleh guna penjawat awam

12:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keputusan penambahbaikan sistem struktur gaji penjawat awam dijangka diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2025 tahun ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan memaklumkan cadangan penambahbaikan itu akan dimuktamad dan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri selewat-lewatnya pada awal suku kedua tahun ini untuk kelulusan.

“Penjawat awam di segenap lapisan perkhidmatan masih boleh mengemukakan cadangan penambahbaikan sistem saraan sedia ada meliputi segala aspek perkhidmatan melalui portal semakan saraan yang telah dilancarkan sejak 7 Ogos 2023 di pautan semakansaraan.jpa.gov.my sebelum 1 Mac 2024,” menurut kenyataan itu.

JPA memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) Bilangan 2/2024 yang turut dihadiri Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Mesyuarat tersebut telah membincang dan menimbang inisiatif penambahbaikan dalam Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) terutama berkaitan dengan aspek meningkatkan pendapatan boleh guna penjawat awam.

“Penambahbaikan pendapatan boleh guna penjawat awam merupakan satu daripada fokus dalam pemerkasaan modal insan perkhidmatan awam untuk memangkin peningkatan produktiviti penjawat awam bagi merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut, Perdana Menteri turut memberikan penekanan kepada elemen-elemen pembaharuan perkhidmatan awam seperti pendigitalan sistem perkhidmatan, kerjasama strategik yang holistik serta pendekatan keseluruhan negara (whole-of-Nation).

Ia bagi memacu peningkatan kecekapan, keberkesanan dan profesionalisme perkhidmatan awam dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat serta negara. – 14 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Lim Guan Eng faces party rebellion as grassroots call for his ouster

Party insiders say growing dissent over Lim’s leadership, with critics blaming him for internal strife and strategic missteps

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

No more political appointees: New Malaysian ambassador to US a career diplomat, says Tok Mat

The US has no objections with the nominee who is awaiting the Yang di-Pertuan Agong's consent

Related