Warga emas maut, lima cedera kereta bertembung di Tampin

Amiruddien berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat

12:01 PM MYT

 

SEREMBAN – Seorang warga emas maut manakala lima lagi cedera selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan lain di Kilometer 1 Jalan Sungai Dua ke Air Kuning Selatan berhampiran Masjid Kg Sungai Dua, Tampin dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, mangsa lelaki berusia 65 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta Honda City dari Tangkak ke Rompin dipandu seorang lelaki dengan tiga penumpang termasuk mangsa yang duduk di bahagian belakang penumpang sebelah kanan…dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar kenderaan jenis Lexus yang dipandu seorang lelaki dengan dua penumpang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata akibat pelanggaran itu, lima individu dari kedua-dua kenderaan itu mengalami kecederaan dengan dua daripadanya masih dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah manakala seorang lagi tidak mengalami kecederaan.

Amiruddien berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – 14 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related