Nahas udara Kapar: Waris selesai beri sampel DNA, enggan ditemubual

Kesemua mereka sudah beredar meninggalkan pekarangan Jabatan Forensik HTAR

10:38 AM MYT

 

KLANG – Waris kedua-dua mangsa nahas udara Kapar di sini selesai memberikan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi tujuan prosedur bedah siasat serta pengecaman mayat.

Empat ahli keluarga juruterbang, Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dilihat beredar dari pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) kira-kiram jam 9.16 pagi.

Dua ahli keluarga pembantu juruterbang, Roshaan Singh Raina, 42, pula selesai memberikan sampel pada jam 9.50 pagi.

Bagaimanapun, ahli keluarga enggan ditemubual pihak media yang berkumpul di hadapan Jabatan Forensik sejak jam 8 pagi tadi.

Pihak kakitangan Jabatan Forensik memaklumkan kepada Scoop, pemeriksaan gigi terhadap dua mayat sedang dijalankan dan ia merupakan prosedur operasi standard (SOP) bagi proses bedah siasat.

Terdahulu, mayat kedua-dua mangsa insiden terbabit dikeluarkan daripada bangkai pesawat Gabriel BK160 itu pada jam 8.11 malam tadi dan terus dihantar ke HTAR.

Kedua-dua ahli kelab penerbangan Air Adventure Flying Club itu sedang melakukan penerbangan rekreasi sebelum pesawat berkenaan terhempas.

Dalam kenyataannya, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kedua-dua mangsa ditemukan dalam pesawat yang terbenam lebih dua meter atau kira-kira 45 peratus dalam tanah.

“Kedua-dua mangsa ditemui dalam kokpit bangkai pesawat pada jam 2 petang,” katanya menerusi kenyataan.

Manakala, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan mengesahkan dua individu berada di dalam pesawat itu, termasuk seorang juruterbang.

Namun, tiada panggilan kecemasan diterima daripada pesawat ringan itu sebelum ia terhempas. – 14 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related