Penduduk tingkat 16 Flat Sri Sabah kosongkan rumah, bimbang keselamatan

Seorang penduduk berkata, bau asap yang terlalu kuat serta tiada bekalan air dan elektrik membuat dia menumpang sebentar di rumah saudara

9:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penghuni tingkat 16 yang terletak di bawah lima unit rumah terbakar di tingkat 17, Blok 70, Flat Sri Sabah, bertindak mengosongkan rumah mereka buat sementara kerana bimbang struktur rumah terjejas ekoran kejadian kebakaran malam tadi.

Seorang penduduk, M. Kaausalya, 37, berkata walaupun rumahnya tidak rosak, namun bau asap yang terlalu kuat selain tiada bekalan air dan elektrik, menyebabkan dia bersama ibunya 63 tahun mengambil keputusan untuk menumpang sementara di rumah saudara di Cheras. 

“Semasa kejadian saya bersama ibu baru sahaja selesai makan malam dan sedang berehat menonton televisyen, tiba-tiba ada jiran mengetuk pintu semua rumah di aras 16 memaklumkan rumah yang terletak di tingkat atas sedang terbakar,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Dia yang terkejut dengan perkara itu segera membawa ibunya keluar dan sempat mencapai telefon bimbit dan dompet sebelum bergegas ke arah lif untuk turun ke lobi.

Kaausalya bagaimanapun bersyukur kerana walaupun dalam keadaan kelam-kabut, semua penduduk memberikan kerjasama dan membenarkan orang kurang upaya, uzur atau keluarga bersama bayi terlebih dahulu menggunakan kemudahan lif, manakala mereka yang muda turun menggunakan tangga.

“Semasa menunggu lif itu, saya boleh nampak dengan jelas api marak dari balkoni atas dan hingga sekarang, saya boleh rasa bumbung rumah saya panas selain bau asap yang ‘melekat’ di sofa dan langsir rumah,” katanya.

Sementara itu seorang lagi penghuni tingkat 16, A. Steven, 42, berkata kebakaran itu menyebabkan saluran paip di rumahnya cair dan bocor selain turut mengakibatkan bahagian siling rumahnya rosak. 

Dia yang bekerja sebagai pengurus bangunan mendakwa setakat ini tiada arahan perpindahan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa menyebabkan mereka tidak pasti bila boleh kembali ke kediaman masing-masing.

“Saya minta kerajaan bantu kami yang terkesan dengan cepat kerana masing-masing mempunyai urusan dan cuti Tahun Baharu Cina juga hampir berakhir,” katanya yang sudah lebih 30 tahun menetap di flat berkenaan. 

Beliau tinggal bersama lima lagi ahli keluarga di kediaman tersebut, kini menumpang sementara di rumah ibu saudaranya di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, kerana bimbang keselamatan mereka. – 12 Februari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Related