Tiga remaja dikhuatiri lemas ketika memancing, mandi di Sungai Sempit

Lokasi jauh dari jalan besar dan liputan Government Integrated Radio Network (GIRN) yang lemah di kawasan itu antara cabaran yang dihadapi pasukan penyelamat

7:43 PM MYT

 

IPOH – Tiga remaja lelaki yang juga tiga sekawan dikhuatiri lemas dalam satu insiden di Sungai Sempit, Kampung Tanjung Batu Segari dekat Pantai Remis hari ini. 

Mangsa dikenali sebagai Darma, 14, Sarath, 16, dan seorang lagi rakan mereka berusia 16 tahun dipercayai lemas ketika sedang memancing dan mandi-manda di sungai tersebut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.26 petang.

Katanya sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis telah dikerahkan ke lokasi kejadian serta tiba pada 4.03 petang.

“Ketua operasi (Pegawai Bomba Kanan II Muhamad Hanafi Mohamed Rasidi) mengarahkan anggota membuat pencarian di kawasan sekeliling atau pencarian di permukaan air dan bacaan air sungai ketika ini pada paras 2.37 meter iaitu air pasang. 

“Kawasan kejadian berada dalam ladang sawit iaitu dua kilometer dari jalan besar yang hanya sesuai bagi kenderaan pacuan empat roda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu liputan Government Integrated Radio Network (GIRN) yang lemah di kawasan itu antara cabaran yang dihadapi pasukan penyelamat. – 12 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related