PAS dicerca kerana isu Nik Elin, ia bukan tentang parti tapi Enakmen Kelantan

Bukan hanya PAS, malah MAIWP, MAIPK, MAIDAM dan MAIK turut berhujah menyokong Kerajaan Kelantan mempertahankan Enakmen Kelantan

2:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — PAS tampil mempertahankan diri selepas dituduh menunggang agama susulan kes peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019.

Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, kes itu tiada kaitan dengan parti tersebut sebaliknya ia melibatkan Enakmen Kelantan.

Namun, ujarnya, ramai yang mencerca tanpa memikirkan ia adalah usaha bersepadu rentas politik.

“Ia sebenarnya hanyalah mengentengkan usaha ramai pihak yang berminat tentang isu ini dan melakukan red herring kononnya PAS yang membawa isu ini, lantas mudah dicerca,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jumaat lalu, Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 8-1 memutuskan bahawa 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah.

Keputusan bersejarah itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai sembilan anggota selepas membenarkan permohonan Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid, yang berasal dari Kelantan, dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman bagi mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah enakmen tersebut.

Susulan itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut sebagai sejarah hitam ‘Black Friday’ buat umat Islam dan negara ini.

Afnan Hamimi Taib Azamudden menegaskan, PAS seperti beberapa pihak lain hadir sebagai ‘pemerhati’ dalam kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019. – Alif Omar/Scoop, 12 Februari, 2024

Sementara itu, Afnan berkata, dalam kes berkenaan banyak pihak hadir sebagai ‘pemerhati’ antaranya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu (MAIDAM), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Turut serta adalah Badan Peguam Syarie Wilayah Persekutuan (BPS), Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).

“Mereka ini bukan PAS. MAIWP, MAIPK, MAIDAM dan MAIK secara khususnya berhujah menyokong Kerajaan Kelantan mempertahankan Enakmen Kelantan.

“Peguam yang dilantik mewakili pelbagai pihak tadi adalah dari pelbagai latar belakang, dan kecenderungan politik. Haniff Khatri (PPMM) diketahui bukan dari PAS. Datuk Adnan Seman (MAIWP) dan Datuk Adli (MAIM) diketahui adalah pejuang Umno/BN.

Beliau memberitahu, pasukan terbabit adalah pasukan besar yang menyaksikan gemblengan tenaga merentas politik untuk sama-sama mempertahankan Enakmen Kelantan.

“Kenapa? Kerana semua kami mengetahui kesannya yang besar kepada enakmen-enakmen negeri lain dan kuasa menggubal DUN (Dewan Undangan Negeri) negeri-negeri lain. Ia bukan tentang PAS,’’ tegasnya. – 12 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Not just stupid, but blatantly insulting: Saravanan slams Era FM’s Thaipusam ‘jokes’

MIC deputy president denounces actions of radio presenters imitating sacred kavadi dance, calling it ‘brainless’ and ‘disgraceful’

Megat Hafiz A.C.A.B tetap saman empat individu yang muat naik hantaran berbaur hasutan, ugutan dan penghinaan

Vokalis dan pemain gitar kumpulan skinhead, A.C.A.B, Megat Hafiz Mohammad atau Magskin memaklumkan salah seorang daripada empat individu yang sebelum ini telah mengeluarkan hantaran jelek berbaur hasutan, penghinaan serta ugutan dengan niat menjatuhkan dirinya telah ditahan polis di Pahang.

Related