KKM akan bawa ke Kabinet cadangan bina hospital ihsan di Gaza

Malaysia telah menjanjikan RM100 juta untuk pembangunan semula Gaza dan sehingga ini RM20 juta telah disalurkan

9:42 AM MYT

 

SHAH ALAM – Satu nota Jemaah Menteri mengenai agenda pembangunan semula Gaza akan dibentangkan kepada anggota Kabinet tidak lama lagi bagi mendapatkan pertimbangan mengenai penglibatan Malaysia dalam usaha pembangunan semula wilayah bergolak itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, nota Jemaah Menteri itu akan memuatkan cadangan pembinaan sebuah hospital ihsan di Gaza yang melibatkan 150 katil yang akan dimajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Nota itu juga akan menyebut mengenai pembangunan semula Gaza dan agenda Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) secara menyeluruh.

“Kalau (penerimaan) positif, Perdana Menteri dan Kabinet mahukan ianya (nota Jemaah Menteri) dibentangkan dalam bentuk memorandum, Kementerian Kesihatan bersedia untuk menyiapkan cadangan itu,” katanya selepas majlis makan malam International Post War Gaza Rebuilding Planning Session yang dihadiri 250 tetamu dari 25 negara di sini Ahad malam.

Apabila ditanya berapa banyak Malaysia telah sumbangkan untuk Gaza, Dr Dzulkefly berkata, Malaysia telah menjanjikan RM100 juta bagi Gaza dan sehingga ini RM20 juta telah dilaksanakan.

Pada majlis makan malam itu lebih RM30 juta dan lima ambulans berjaya dikumpulkan dari 17 penyumbang dalam dan luar negara bagi tujuan pembangunan semula Gaza.

Sejak serangan Israel ke atas Gaza pada 7 Oktober lalu, iaitu 120 hari berlalu, lebih 28,000 nyawa terkorban, lebih 60,000 cedera dan banyak harta benda musnah. – Gambar UNRWA, 12 Februari, 2024

Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, usaha pembangunan semula Gaza akan dimulakan pada bulan Ramadan nanti.

“Misi ini akan diuruskan oleh Mapim bersama rakan-rakan antarabangsa kami. Semasa Ramadan, makanan akan dihantar pada kadar segera dan Mapim bercadang membina semula hospital di bandar Gaza,” kata Mohd Azmi.

Penyumbang terbesar dalam majlis makan malam berkenaan ialah Pengerusi Eksekutif Well Asia Group of Companies, Datuk Seri Abdul Majid Zainal Abidin yang menyalurkan RM20 juta bagi pembangunan Gaza.

Abdul Majid, 70, ketika ditemui berkata, beliau berharap sumbangan itu digunakan untuk membina semula masjid dan sekolah di Gaza.

Serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu yang sudah lebih 120 hari berlalu telah mengorbankan lebih 28,000 nyawa dan menyebabkan lebih 60,000 cedera. – 12 Februari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Hartalega Holdings falls prey to ransomware attack, internal systems down

According to an urgent notice sent out by its IT team to personnel in the Bursa-listed firm’s wholly-owned subsidiaries Hartalega NGC Sdn Bhd and Hartalega Sdn Bhd, a number of applications and softwares are currently inaccessible due to the attack.  

Aaron, Wooi Yik mean business: extra night training ahead of Paris Olympics

Women’s doubles pair Pearly Tan and M. Thinaah, mixed doubles duo Chen Tang Jie and Toh Ee Wei, will also participate

Related