Kebakaran Flat Sri Sabah: ‘Ingat bau asap mercun, rupanya hidu asap rumah terbakar’

Seorang lagi saksi mendakwa melihat cahaya terang pada bahagian dapur unit tengah diikuti bunyi letupan

9:01 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang mangsa kebakaran Blok 70, Flat Sri Sabah, Cheras, tidak menyangka bau asap semasa sedang berehat di rumahnya di tingkat 17, rupanya datang daripada rumah jiran yang sedang terbakar.

Loo Choon Ming, 39, yang menetap di rumah itu sejak kecil berkata, ketika kejadian dia berada di ruang tamu sedang menonton televisyen bersama ibunya berumur 62 tahun selepas meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama rakan dan saudara-mara.

“Saya sedang menonton televisyen apabila tiba-tiba terhidu bau asap. Pada mulanya saya tidak mengendahkannya kerana menyangkakan bau asap bunga api.

“Namun, apabila bau itu kuat menyebabkan saya terdetik hati untuk menjenguk keluar dan terkejut apabila mendapati rumah jiran sedang terbakar,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Keadaan kemusnahan yang berlaku di lima unit rumah di tingkat 17, Blok 70, Flat Sri Sabah, Cheras akibat kebakaran malam tadi. – Gambar ihsan Bomba Kuala Lumpur, 12 Februari, 2024

Melihat keadaan itu, dia bersama rakannya berusaha untuk memadamkan kebakaran hampir 20 minit, namun tidak berjaya menyebabkannya bergegas masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkan ibunya yang sudah tua, tanpa sempat mengambil barangan lain.

Paling dikesalkan apabila pili bomba yang disediakan di setiap aras flat berkenaan tidak berfungsi menyebabkan kebakaran merebak dengan cepat.

Sementara itu, seorang lagi saksi kejadian Rohani Hamzah, 60 mendakwa, dia melihat cahaya terang pada bahagian dapur unit tengah diikuti bunyi letupan kemudiannya merebak ke rumah di kiri dan kanan tingkat sama.

Orang ramai membantu pasukan Bomba mengalihkan kenderaan yang menghalang laluan di sekitar Flat Sri Sabah untuk memudahkan operasi pemadaman api dilakukan. – Gambar ihsan Bomba Kuala Lumpur, 12 Februari, 2024

Dia yang menetap di blok berkenaan sejak 2012 itu berkata ia kemudian diikuti dengan lebih banyak bunyi letupan dipercayai daripada tong gas.

S. Vijayaletchumi, 34, berkata, dia mula menyedari berlaku kebakaran bermula dari sebuah unit sebelum merebak ke unit lain pada 8.45 malam.

Katanya, bomba mula tiba ke lokasi 10 minit selepas kejadian disedari namun tidak dapat memasuki blok berkenaan akibat terhalang dengan kenderaan yang diletakkan di bahu jalan. – 12 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related