Pecah cermin kereta di PLUS: Polis kesan pemandu Mitsubishi Lancer

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya

1:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemandu kereta jenis Mitsubishi Lancer yang disyaki terbabit perbuatan khianat dengan memecahkan cermin kenderaan di Kilometer 139.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Pagoh dalam kejadian dilaporkan semalam, kini giat dikesan polis.

Ketua Polis Johor,  Komisioner M Kumar berkata, ia susulan laporan diterima pihaknya semalam pada kira-kira jam 2.36 petang berkaitan insiden terbabit

“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada tindakan mangsa yang menghalang kenderaan suspek semasa melalui lorong kecemasan.

“Tindakan ini menyebabkan suspek tidak berpuas hati lalu keluar dari kenderaan dan memecahkan cermin belakang kenderaan mangsa,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, video berdurasi 54 saat memaparkan rakaman kejadian terbabit, turut dikongsikan pemilik Facebook Apple Kenzo.

Ujarnya, perkongsian itu meraih 2,300 tanda suka, 694 komen, 3,000 perkongsian dan 26,000 tontonan dari pengguna media sosial.

Kumar berkata, kes itu diklasifikasikan dan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari setahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, kes itu diklasifikasikan dan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari setahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya. – Gambar Bernama, 11 Februari, 2024

“Siasatan juga dijalankan secara selari dengan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan kes masih di peringkat siasatan,” katanya.

“Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan, selain menjadi pengguna jalan raya yang bijak dan bertimbangrasa untuk menjamin keselamatan lalu lintas,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial insiden itu yang dilaporkan berlaku ketika lebuh raya sesak sempena Tahun Baru Cina, membabitkan lelaki warga asing yang memandu kereta jenis Mitsubishi Lancer dengan pemandu Toyota Innova dipercayai warga tempatan.

Pemandu Mitsubishi dilihat cuba melanggar seorang lelaki sebelum keluar dari kenderaan sambil membawa tongkat kayu dan memukul pemandu Toyota Innova.

Bagaimanapun, insiden itu dileraikan pengguna jalan raya yang berada di lokasi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz dalam kenyataannya semalam dilaporan mengesah kejadian itu dengan memaklumkan, pihaknya menerima laporan mengenainya.

“Setakat ini, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Pagoh mengenai insiden itu.

“Polis akan mengeluarkan kenyataan media sebaik fakta lengkap diperoleh,” katanya. – 11 Februari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Zii Jia’s payment sponsorship-based, not for national representation, says BAM admin head

This as badminton body’s sponsors differ from star shuttler’s, says Michelle Chai

Bar Council’s challenge of Pardons Board decision to reduce Najib’s sentence is ‘unprecedented’: Hamid Sultan

Retired judge says he has never heard of an attempt to impair a prisoner's constitutional rights, or an injunction to restrict their rights

Related