Siapa pun dipilih sebagai presiden, hubungan Indonesia-Malaysia tetap kukuh

Ketiga-tiga calon presiden - Prabowo Subianto, Anies Baswedan dan Ganjar Pranowo cukup arif mengenai Malaysia

10:42 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hubungan dua hala Indonesia dan Malaysia akan terus kukuh walau siapapun yang bakal dipilih sebagai presiden negara itu dalam Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024 pada 14 Februari ini, kata Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Hermono.

Beliau berkata, hubungan Indonesia-Malaysia terjalin atas asas yang kuat sebagai negara berjiran, selain mempunyai kepentingan bersama untuk mengukuhkan kerjasama.

Hermono meluahkan keyakinan bahawa ketiga-tiga calon presiden – Prabowo Subianto, Anies Baswedan dan Ganjar Pranowo cukup arif mengenai Malaysia.

Calon Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menitiskan air mata melihat lebih setengah juta penyokongnya memenuhi perkarangan luar dan dalam Stadium Bung Karno, Jakarta pada hari terakhir kempen semalam. – Gambar Facebook Prabowo Subianto , 11 Februari, 2024

“Saya tahu betul ketiga-tiga calon, semuanya sudah mengenal sangat baik soal Malaysia dan saya yakin semuanya berkepentingan untuk terus membangun hubungan yang lebih kuat antara kedua-dua negara,” katanya kepada Bernama dalam temu bual di pejabatnya baru-baru ini.

Hermono berkata, hubungan dua hala yang kukuh penting untuk kesejahteraan kedua-dua negara serta Asia Tenggara, sambil menyifatkan Malaysia dan Indonesia sebagai sauh (anchor) untuk kestabilan dan kemakmuran rantau ini.

Beliau turut berharap presiden yang bakal dipilih nanti akan mempercepatkan penyelesaian isu sempadan dan isu pekerja migran Indonesia di Malaysia yang disifatkannya sebagai homework untuk pemimpin kedua-dua negara.

Hari terakhir kempen Anies Baswedan di Stadium Antarabangsa Jakarta semalam berjaya menarik kehadiran ratusan ribu penyokongnya. – Gambar Facebook, 11 Februari, 2024

“Kalau dua isu ini boleh kita selesaikan, saya kira hubungan Malaysia dan Indonesia akan lebih kuat lagi. Tiada lagi halangan kerana kedua-dua negara mempunyai kepentingan bersama (common interest) dan ingin maju dan memperkuat hubungan dua hala,” katanya.

Ditanya mengenai bidang kerjasama baharu, Hermono berkata, kedua-dua negara sepakat untuk mengukuhkan kerjasama membangunkan bidang keselamatan makanan dan tenaga bersih.

Bidang berkenaan sangat strategik untuk Malaysia dan Indonesia memandangkan kedua-dua negara saling melengkapi antara satu sama lain.

Bekas Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo berharap dapat meluaskan sokongan pada peringkat akhir kempen yang berakkhir semalam. – Gambar Facebook Ganjar Pranowo , 11 Februari, 2024

“Indonesia mempunyai tanah yang luas dan pekerja yang banyak. Malaysia tanahnya tidak seluas Indonesia, pekerja pertanian juga tidak banyak, tetapi Malaysia mempunyai teknologi yang lebih tinggi (advance) di bidang pertanian.

“Dalam sektor tenaga, sampai saat ini pun Malaysia banyak membeli arang batu dari Indonesia untuk penjanaan tenaga, tetapi untuk masa akan datang, kita harus membangunkan tenaga bersih. Jadi saya kira ini bidang yang sangat strategik bagi kedua-dua negara,” katanya.

Kira-kira 240 juta rakyat Indonesia akan menunaikan tanggungjawab mengundi dalam Pemilu 2024 pada Rabu depan (14 Februari) ini untuk memilih presiden, naib presiden, ahli Perhimpunan Perundingan Rakyat dan wakil untuk badan perundangan tempatan. – 11 Februari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Rape allegations at centre of preacher Zamri Vinoth’s defamation trial

Witness for defence claims in her testimony that preacher had raped her at his Rahang home in 2018

Related