Keputusan kes Nik Elin tunjukkan DUN harus patuh Perlembagaan Persekutuan

Ia juga mengesahkan penggunaan undang-undang sejagat dalam memastikan kesaksamaan untuk semua rakyat

1:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sisters in Islam (SIS) menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 peruntukan dalam Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 semalam sebagai kepentingan kepada pematuhan Perlembagaan Persekutuan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN).

Badan bukan kerajaan (NGO) itu dalam satu kenyataan berkata, keputusan majoriti 8-1 tersebut menekankan kepentingan menegakkan prinsip Perlembagaan dan memastikan kesaksamaan di sisi undang-undang di Malaysia.

Menurutnya, ia juga mengesahkan penggunaan undang-undang sejagat dalam memastikan kesaksamaan untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang agama atau etnik.

“Keputusan itu menandakan kejayaan bagi Perlembagaan Persekutuan Malaysia, undang-undang tertinggi negara, menekankan prinsip kedaulatan undang-undang yang sama untuk semua rakyat.

“Ia juga sebagai peringatan mengenai bahaya menanamkan ketakutan dan ketidakpercayaan dalam masyarakat yang bertopengkan kebebasan beragama,” katanya.

Semalam, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 daripada 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah.

Panel sembilan hakim dalam keputusan majoriti 8-1 diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan demikian selepas membenarkan petisyen peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman selaku pempetisyen bagi mencabar 18 peruntukan enakmen itu manakala kerajaan Kelantan selaku responden tunggal.

Dengan keputusan itu, Badan Perundangan Negeri Kelantan tidak lagi mempunyai bidang kuasa menggubal 16 peruntukan undang-undang yang dipertikaikan itu, hanya dua undang-undang Seksyen 13 dan 30 yang dibenarkan.

Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyifatkan pembatalan 16 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 sebagai sejarah hitam buat umat Islam dan negara ini. – Abdul Razak Latif/Scoop, 10 Februari, 2024

Sementara itu, SIS menemplak kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang menganggap keputusan tersebut sebagai ‘Black Friday’ atau Jumaat yang hitam bagi undang-undang syariah sebagai mengelirukan dan merugikan negara.

Katanya, kenyataan sedemikian, terutamanya daripada profesional undang-undang, menyebarkan naratif eksploitasi agama untuk kepentingan politik.

“Adalah tidak boleh diterima ahli politik kanan menyebarkan kenyataan mengelirukan, sebaliknya tugas mereka untuk menyatupadukan rakyat.

“Dalam kes ini, isu yang dihadapi ialah penggubal undang-undang negeri bertindak melampaui bidang kuasa mereka, bukan ancaman kepada prinsip Islam,” katanya.

Tegas SIS lagi, penjelasan Tengku Maimun mengenai komitmen mahkamah untuk menegakkan Perlembagaan dan memastikan keadilan untuk semua rakyat.

“Selain itu, beliau menekankan bahawa undang-undang yang dicabar bukan ditentukan atau ditetapkan oleh Allah, tetapi oleh DUN yang dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah.

“Tuntutan yang mencadangkan ancaman kepada undang-undang syariah negeri lain adalah tidak berasas, sebaliknya keputusan itu menekankan keperluan menghormati prinsip Perlembagaan,” katanya.

Keputusan Mahkamah Persekutuan semalam menimbulkan kegusaran dalam kalangan umat Islam di negara ini. – Abdul Razak Latif/Scoop, 10 Februari, 2024

Susulan itu, SIS berkata, adalah penting bagi semua pihak untuk menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dan mengelak daripada mempolitikkan perkara itu.

Katanya, usaha harus ditumpukan untuk memupuk perpaduan dan persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia, mengatasi jurang agama dan etnik.

“Adalah penting bahawa individu dan kumpulan mengelak daripada menyebarkan kebencian dan menghasut keganasan.

“Harus diingatkan bahawa sebarang bentuk keganasan ancaman merupakan jenayah yang boleh menjejaskan struktur masyarakat kita,” katanya. – 10 Februari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

Related