Aliran trafik perlahan tetapi terkawal

Aliran trafik bergerak lancar, namun terdapat beberapa lokasi perlahan disebabkan kemalangan

10:17 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar, namun bergerak perlahan di sebahagian kawasan ekoran peningkatan jumlah kenderaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina, setakat pukul 9 pagi ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di Plaza Tol Jalan Duta (arah utara) dan Plaza Tol Sungai Besi (menuju selatan) serta Plaza Tol Gombak (arah Pantai Timur) menunjukkan keadaan lalu lintas yang sesak tetapi lancar dan terkawal.

Aliran trafik menuju utara bergerak perlahan antaranya dari arah Rawang ke Sungai Buaya, Slim River ke Sungkai, Perak dan di selatan, arah Nilai ke Bandar Ainsdale, menghala Seremban.

“Aliran trafik dari Skudai ke Senai dan Kulai ke Simpang Renggam juga dilaporkan perlahan. Smart Lane diaktifkan. Bagi Lebuhraya KL – Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dan LPT2 lancar untuk dilalui setakat ini.

“Begitu juga aliran trafik di Tol Bentong, juga lancar dan tiada sebarang peningkatan jumlah kenderaan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Akaun rasmi X PLUS Trafik memaklumkan aliran trafik bergerak lancar, namun terdapat beberapa lokasi perlahan disebabkan kemalangan.

“Kemalangan di Kilometer (KM) 47.6 dari Sedenak ke Simpang Renggam. Tiada lorong terhalang. Trafik perlahan. Pandu berhati-hati. Harap maklum,” katanya.

Menurut PLUS Trafik, terdapat kereta rosak di Elite KM 1.3 arah selatan dari Shah Alam ke Seafield menyebabkan lorong kiri terhalang, namun aliran trafik terkawal. – 10 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Lim Guan Eng faces party rebellion as grassroots call for his ouster

Party insiders say growing dissent over Lim’s leadership, with critics blaming him for internal strife and strategic missteps

MACC raids home of Ismail Sabri’s ex-aide, over RM100 mil cash seized

Source says authorities also confiscated documents, jewellery, electronic devices

Related