MAIPs mohon kebenaran rayu kes tukar agama tiga anak Loh Siew Hong

MAIPs turut mengemukakan beberapa persoalan perlembagaan dan perundangan berhubung kedudukan agama ketiga-tiga anak Loh

5:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan mengetepikan penukaran agama secara unilateral tiga anak ibu tunggal, Loh Siew Hong kepada Islam.

Permohonan itu difailkan semalam oleh MAIPs selaku pemohon menerusi Tetuan Chambers of Zainul Rijal dengan menamakan Loh sebagai responden.

Berdasarkan notis usul itu, MAIPs yang memohon kebenaran untuk merayu turut mengemukakan beberapa persoalan perlembagaan dan perundangan berhubung kedudukan agama ketiga-tiga anak Loh.

Pada 10 Januari lalu, Mahkamah Rayuan mengetepikan penukaran agama mereka secara unilateral kepada Islam oleh bekas suami Loh, M.Nagahswaran selepas mendapati ia adalah menyalahi undang-undang.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail yang mempengerusikan panel tiga hakim berkata, mahkamah terikat dengan keputusan kes Indira Gandhi bahawa persetujuan kedua-dua ibu bapa mesti diperoleh sebelum kanak-kanak di bawah umur ditukar agama.

Loh, 37, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini pada 11 Mei 2023 yang menolak permohonan semakan kehakimannya untuk mencabar penukaran agama tiga anaknya kepada Islam oleh Nagahswaran tanpa persetujuan beliau.

Ibu tunggal itu, yang memfailkan permohonan pada 25 Mac 2022, menamakan Pendaftar Mualaf Negeri Perlis, MAIPs, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Kerajaan Negeri Perlis sebagai responden.

Loh memohon pengisytiharan bahawa tiga anaknya beragama Hindu dan Nagahswaran tidak mempunyai kapasiti undang-undang untuk membenarkan Pendaftar Mualaf Negeri Perlis mendaftarkan anak mereka sebagai mualaf tanpa kebenarannya.

Wanita itu turut memohon pengisytiharan bahawa anak-anaknya, sebagai kanak-kanak, tidak mempunyai kapasiti undang-undang untuk memeluk Islam tanpa persetujuan beliau.

Beliau juga memohon perintah certiorari untuk membatalkan pengisytiharan pemelukan agama Islam bertarikh 7 Julai 2020 yang dikeluarkan oleh Pendaftar Mualaf Perlis atas nama tiga anaknya. – 9 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same tahun GLICs invested RM47 mil

Related